"Apabila Di Makkah Boleh Sahaja Menutup Aurat Dengan Baik, Tapi Bila Pulang Mula Lupa Apa Itu Aurat" - Mila Jirin.

 

Seseorang yang beragama Islam wajar mengenakan pakaian yang bersesuaian kerana pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang itu Muslim sebenar. Dalam Islam tiada penetapan bentuk, atau warna pakaian untuk dipakai baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

Apabila pergi ke tanah suci untuk mengejarkan Umrah mahupun Haji, pasti ramai yang akan mengenakan pakaian sopan dan menutup aurat selaras dalam garis panduan sebagai orang Muslim. Di sana begitu mudah untuk mengikut cara berpakaian orang Islam tetapi apabila kembalinya ke tanah air, untuk mengekalkan cara berpakaian sebegitu bukanlah mudah.



Menurut Norsyarmilla Jirin atau Mila Jirin, seorang penyanyi dan juga usahwan ini, dia banyak memikirkan mengenai istiqamah selepas pulang menunaikan Umrah pada awal Februari lalu.

Dalam perkongsiannya, dia menjelaskan setiap hari dirinya mempersoalkan dirinya mampu menutup aurat dengan baik ketika Makkah dan Madinah namun tidak mampu melakukan perkara yang sama selepas pulang ke Malaysia.



“Semenjak balik dari #Umrah2019 dengan @bizmillatravel banyak sangat yang saya fikirkan tentang "istiqamah"… Hati seperti berbicara dengan diri sendiri.

"Kenapa waktu di Makkah Madinah, boleh menjaga aurat sebaiknya. Kenapa balik Malaysia masih berseluar Jeans, bertudung tetapi masih tak tutup aurat dengan sempurna???"

“Persoalan ini hari-hari bermain di fikiran dan hati saya. Benar. Malu nya pada Allah… Waktu mengejakan Umrah aurat ditutup sebaiknya” katanya.

Jelasnya dia tahu bahawa pentingnya menutup aurat di sana namun mula lupa mengenai perkara itu apabila pulang ke tanah air.

“Saya secara automatik tahu tentang penting tutup aurat tetapi bila pulang ke sini, back to normal dan mula lupa apa itu Aurat…”

“Allahuakbar! Bimbinglah kami agar istiqamah & taat kepada mu Ya Allah. Sekadar pengkongsian dari hati seorang hamba Allah.”




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 345,397 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen