Antara Doa-Doa Para Suami Untuk Isteri Mereka, Supaya Dikurniakan Isteri Yang Solehah.

 

“Suami Juga Jangan Pernah Lupa Berdoa Untuk Isteri, Jika Inginkan Perkahwinan Yang Bahagia…”

Kita sering disogok dengan kenyataan dimana si isteri perlu mendoakan kesejahteraan keluarga malahan untuk suami jua. Semuanya harus dimulakan dengan kaum wanita sahaja, apabila telah berkahwin seperti taat pada suami dan sebagainya. Namun, tidak ramai dikalangan kita menekankan bahawa berdoa bukan untuk para isteri sahaja, si suami pun perlu berdoa pada Allah untuk memiliki isteri yang solehah.

Jika si isteri selalu berdoa mahukan suami yang tidak panas baran, yang tidak lupa dengan nasihat seperti awal perkahwinan (barangkali si suami semakin hari, semakin lupa dengan nasihat sehingga si isteri perlu mengungkit), si suami juga perlu berdoa untuk isteri supaya sama-sama menyebut nama pasangan di dalam doa.

Bukan sahaja pada mereka yang masih bujang perlu menyebut nama bakal jodoh dalam doa, apabila sudah berkahwin HARUS setiap hari sebut nama pasangan juga. Tidak jemu dan bersungguh-sungguh supaya jodoh berkekalan sehingga ke akhirnya.

Untuk para suami, jangan lupa untuk berdoa kesejahteraan isteri juga seperti…

1. Berdoa supaya isteri dapat beristiqomah dalam memakai hijab.

“Ya Allah, Semoga Isteriku Sentiasa Beristiqomah Dalam Memakai Hijab…”

Si suami perlu tahu, pada masa kini dengan perubahan zaman, godaan dalam berhijab sangat tidak terjangka. Terutamanya, sekiranya isteri anda seorang yang gemar berfesyen. Islam tidak melarang untuk berfesyen, akan tetapi jika tidak kuat imannya, tudung makin lama makin singkat pula. Beli shawl pelbagai warna dan labuh, akan tetapi setelah di lilit, atas paras dada pula.

Malahan ada pula, yang mahu memakai turban dimana akan ternampak sedikit lehernya. Kemudian perhiasan yang sepatutnya disembunyikan, sengaja ditunjuk pula seperti rantai dan subang.

Seperti Allah SWT telah berfirman:

“….dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka….” (An-Nur: 31)

Jangan biarkan isteri anda menjadi mangsa fesyen!

2. Berdoa supaya isteri menjaga kehormatan dan melindungi aurat.

“Ya Allah, Semoga Isteriku Dapat Melindungi Auratnya…”

Keghairahan berkongsi gambar di sosial media memang tidak dapat dinafikan lagi terutamanya pada golongan wanita. Jadi, sebagai seorang suami, jangan membutakan mata… semata-mata dengan beranggapan zaman sudah berubah. Kena ikut peredaran zaman, nanti ketinggalan. Selain menasihati isteri untuk menutup aurat, suami juga digalakkan untuk sentiasa berdoa pada Allah SWT supaya isteri beristiqomah dalam menutup aurat juga.

Seperti jangan memakai seluar senteng, jangan berpakaian ketat, jangan memakai baju sehingga nampak inner di dalam. Inner selalunya dipakai apabila baju berlengan pendek, akan tetapi ada yang memakai baju tiada lengan kemudian memakai inner ketat sehingga menampakkan bentuk tangan, adalah tidak boleh juga.

Seperti Allah SWT telah berfirman:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya…” (An-Nur: 31)

3. Berdoa supaya isteri menjaga solatnya di awal waktu.

“Ya Allah, Semoga Isteriku Sentiasa Menjaga Solatnya..”

Dan yang paling penting adalah, mendoakan isteri menjaga solat wajib, malahan dapat melakukan solat-solat sunat juga. Jika isteri degil, susah nak dengar kata berkenaan dengan solat di awal waktu, maka pintalah pada Allah SWT, supaya terbuka hatinya untuk melakukan solat.

Isteri ini cerminan suami.

Kadang-kala suami terlepas dengan kata-kata yang kasar, yang membuatkan isteri menjadi keras hati, dan perasaannya mudah berbolak-balik. Oleh sebab itu, setiap para suami perlu sentiasa berdoa dan jangan jemu berdoa. Kembali kepada siapa yang cipta isteri anda, iaitu Allah SWT.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,699 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen