Uniknya Isteri Ini, Semakin Dimanja Makin Banyak Kasih Yang Diberikan.

 

Keunikan wanita ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Mana tidaknya, tiada lagi lelaki yang mempunyai persamaan seperti wanita, terutama mengenai mood mereka. Hanya wanita sahaja mampu berubah mood dalam masa yang sekejap. Bukan itu sahaja, wanita juga mempunyai satu perangai di mana sukar untuk diramal segala perbuatannya.

Wanita sememangnya suka dimanjakan, diberi perhatian, dibelai serta disayangi. Terutama jika mereka ini dapat perhatian serta dimanjakan oleh suami mereka, pasti akan nampak segala perubahan dalam diri seorang wanita itu. Wanita sentiasa mengutamakan perasaan malah sering menggunakan perasaannya, sebab itulah lelaki perlu berhati-hati dengan hati mereka.

Antara perubahan yang boleh dilihat dalam diri seorang isteri apabila mendapat perhatian yang penuh dari suaminya adalah seperti, dirinya mudah tersenyum, kurang tertekan, melakukan kerja dengan ikhlas malah aura positif akan sentiasa terlihat diwajahnya.



Kebanyakan wanita mahupun isteri apabila mendapat perhatian daripada si suami maka semakin manja dan juga semakin banyak ragamnya. Namun begitu, ia tetap akan menjadi seorang yang baik suami mereka. Walaupun mempunyai pelbagai ragam serta semakin manja, tetapi mereka masih tidak melupakan tugas mereka untuk menjadi seorang isteri mahupun ibu yang baik di dalam keluarga.

Ini bermakna, seorang isteri tidak akan mengambil kesempatan ke atas kebaikan suaminya itu, malah sentiasa cuba untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang terbaik di dalam keluarga. Cuma mereka ini hanya mahukan perhatian daripada orang yang mereka cintai sahaja.

Sedar atau tidak, wanita yang kurang mendapatkan perhatian serta kurang dimanjakan oleh si suami dalam segala hal lebih mudah untuk berasa sedih, kecewa malah tertekan. Malah isteri-isteri ini juga sangat sukar untuk diteka serta difahami apa yang mereka akan lakukan dan mahukan.



Buat lelaki, isteri anda bukannya mahu dibelai dan dimanja 24 jam tetapu cukup sekadar apabila dirinya marah anda cuba untuk menenangkan hatinya, malah bertanya sekiranya raut wajahnya berubah dan juga menjadi pendengar yang baik. Jangan sesekali tinggalkan dirinya sendirian untuk berhadapan dengan masalahnya bahkan jangan sesekali mengabaikan perasaannya.

Cuba untuk menenangkan dirinya dengan memeluknya, atau bercakap lembut dengannya, itu adalah rawatan yang terbaik buat isteri anda. Dengan kelembutan seseorang lelaki, ia mampu mengurangkan kemarahan yang ada di dalam hati seorang wanita.

Walaupun dirinya selalu sahaja dahagakan perhatian dan dimanjakan, itu tidak bermakna mereka ini akan mengabikan tanggungjawab mereka. Semakin baik layanan anda terhadap isteri anda semakin baik layanan dirinya terhadap anda. Mereka ini tersangatlah istimewa. Mereka ini selalu dahagakan kasih sayang kerana sentiasa menggunakan perasaan mereka dalam segala hal.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen