Bolehkah, Wanita Yang Memiliki Kaki Berpeluh, Tidak Memakai Stokin? Ikuti Soal Jawab Ini.

 

SOALAN:

Assalamualaikum. Saya nak bertanya mengenai isu aurat wanita. Saya faham kaki merupakan aurat bagi wanita, tapi bagaimana dengan wanita yang ada masalah seperti kaki berpeluh dan doktor sarankan supaya tidak memakai sarung kaki / stokin dan kasut bertutup untuk elakkan kemudaratan seperti pembiakan fungus? Saya difahamkan ada khilaf ulama yang menyatakan kaki wanita bukan aurat, jadi bolehkah saya mengikut pendapat tersebut kerana darurat?

JAWAPAN:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Namun demikian, kami berpendapat bahawa pendapat yang mengatakan bahawa kaki wanita itu adalah aurat lebih selamat, berhati-hati dan keluar dari khilaf. Inilah juga pandangan majoriti ulama, dan inilah pandangan mu’tamad mazhab Syafi’e.

ADAKAH DIBENARKAN TIDAK MENUTUP KAKI DALAM KEADAAN DARURAT?

Dalam hal ini kami berpandangan, jika doktor sendiri mengakui akan wujudnya risiko jangkitan kuman atau fungus, maka mereka yang mengalami masalah itu dibenarkan untuk tidak memakai stokin, sarung kaki atau kasut yang bertutup. Ini sesuai dengan qaedah fiqh yang memberi keringanan dalam situasi-situasi kesempitan dan kesukaran:

“Apabila suatu perkara itu menjadi sempit, maka ia diperluaskan…”

Namun kami menasihatkan agar memakai kain sarung atau seluar yang labuh sebagai langkah mengurangkan aurat yang terdedah, meskipun dalam keadaan darurat.

Firman Allah SWT:

“Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya);..” (Surah al-Taghabun: 16)

Namun apabila risiko tersebut hilang, dan masalah kaki berpeluh sudah tiada, maka dia wajib untuk kembali menutup kakinya. Salah satu qaedah fiqh menyebut:

“Suatu hukum itu tertakluk kepada kewujudan atau ketiadaan ‘illahnya…”

Ini sesuai dengan prinsip agama Islam yang memberi keringanan kepada manusia, seperti yang dizahirkan melalui firman-firman Allah SWT:

“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.” (Surah al-Baqarah: 185)

Wallahu a’lam.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,873 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen