Terimalah Aku Seadanya Kerana Allah.

 

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, ucapkan syukur ke atas nikmat yang diberi. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Kita mudah berkata tapi sayangnya kadang apa yang kita itu tidak seperti apa yang kita lakukan. Terkejut juga apabila ramai yang mengatakan bahawa pasangan mereka tidak dapat menerimanya setelah perubahan bentuk badannya. Kadang bila kita berkata "aku tak kisahlah kalau pasangan aku, gemuklah, hitam dan sebagainya. Tetapi realitinya? Tidak seperti digambarkan.



Gemuk pasti ada gelaran dibagi, tinggi sangat pun nanti gelarannya dan macam-macam lagi. Janganlah begitu, kita sama dimata Allah hanya kita manusia sahaja yang membuat perbezaan tersebut. Jika kamu kata kamu terima dia seadanya, pastinya kamu terima dia tatkala sebarang perubahannya. Kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Kecantikan dan keelokan tubuh badan itu hanyalah bersifat sementara, ianya akan berubah mengikut peredaran masa. Jika kamu benar sayang dia pastinya kamu tidak kisah soal itu semua. Lagi-lagi wanita bila dah kawin, anak dah 5, dulu badan ramping tetapi kini tidak seperti dulu saiznya pun dah bertukar. Suami kena faham soal itu. Kalau pasangan kamu pula terlalu kurus berilah makan lebih sikit untuk jadi badan yang ideal dan itu bukan masalah sebenar.

Jika pasangan kamu lebih pendek dari kamu, terimalah dia seadanya, rezeki tu. Asalkan kamu bahagia dengan pilihan kamu. Kalau kamu dengar kata orang, memang susahlah kerana ada sahaja tak kena dengan kamu. Kita semua mengharapkan pasangan hidup kita seorang yang terbaik, kadang-kadang kita sendiri tak sedar kita sendiri punya banyak kelemahan. Bila jumpa orang yang tak sempurna sibuk betul asyik nak cari kesalahannya saja. Langsung tak mahu mencari kelebihannya. Langsung tak pernah menghargai apa yang dibuat untuk kita. Bersederhanalah. Tak perlu mengharapkan insan yang terlalu sempurna. Setiap orang memang tak sempurna. Setiap orang memang punya kelebihan dan juga kekurangan. Mungkin kelebihan kita dapat mengatasi kekurangannya. Dan kelebihannya pula dapat mengatasi kekurangan kita.



Yang penting ianya soal hati kita. Siapa mereka untuk menidak pilihan kita. Sejujurnya kita hidup memiliki dua pilihan iaitu memilih atau dipilih. Jika kamu memilih maka pilihlah yang terbaik buat kamu dan jika dipilih maka jadilah yang terbaik buatnya dan jangan pernah melihat seseorang dari fizikalnya kerana suatu saat fizikal itu pasti akan berubah seiring berjalannya waktu tapi lihatlah seseorang itu dari hati dan akhlaknya. Andai seribu halangan mendatang, bertahanlah kerana ia takkan menjadi penghalang kehancuran hubungan itu.

Aku terima kau seadanya. Sama seperti perilakukan dan kata-kata. Jika kamu bercinta keranaNya, pasti ada kebahagiaan untuk kamu. Semoga cinta hingga ke syurgaNya. Cukuplah hanya untuk dirinya seorang saja.

Hadis dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata. (HR. Bukhari).

Hadis Muadz bin Anas Al-Jahni bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya. (HR. Al-Hakim).

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,265 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen