Rumah Tangga Mana Yang Tiada Masalah, Belajar Bersabar Dalam Setiap Cabaran Yang Mendatang.

 

Cabaran utama dalam perkahwinan adalah cabaran mencari pasangan hidup. Di mana anda tidak tahu sikap seseorang itu selagi anda belum berkahwin dengan dirinya. Ketika sedang hangat bercinta, anda boleh lihat bahawa dirinya seorang yang penyayang tetapi apabila sudah berkongsi rumah belum tentu dirinya sama seperti ketika bercinta dahulu.

Orang perempuan biasanya perlu lebih berhati-hati dalam memilih pasangan ini. Hal ini kerana, seorang lelaki boleh membimbing seorang isteri tetapi jika seorang isteri belum tentu mampu membimbing suaminya, terutama jika si suami memiliki ego yang tinggi.

Mencari pasangan yang baik itu perlulah bermula dengan agamanya dan diikuti dengan akhlaknya yang baik, jangan terlalu mudah memandang wang ringgit, mahupun ketampan wajahnya. Malah apabila sudah berkahwin, anda sendiri perlu bijak untuk mengawal satu hubungan itu. Sedikit perkongsian dari saudara Amir Syahir ini mungkin menjadi sedikit pengajaran buat kaum wanita.



"Kaum perempuan kalau nak cari calon, carilah lelaki yang caring terhadap keluarga dia. Selalu bertanggungjawab terhadap keluarga dia. Mak ayah dia layan dengan baik. In Sha Allah, nanti kau jadi isteri dia, dia akan layan kau dengan penuh kasih sayang.

Allah menciptakan sebuah perkahwinan untuk membolehkan suami isteri berkasih sayang dan mencari ketenangan. Tetapi ada yang salah menggunakan perkahwinan yang dibina seperti berlaku kasar terhadap isteri misalnya.

Kenapa ada suami yang sering naik tangan kepada isteri? Sebelum kahwin bukan main sweet. Bila dah kahwin, tak boleh silap sikit mula nak naik tangan.

Lelaki ini tinggi egonya. Pantang dicabar dan tercabar. Masa tu ego lebih mengatasi segalanya.

Bila bertengkar antara suami isteri, belajar sabar. Adakalanya diam itu lebih baik. Isteri pula jangan cabar suami. Jangan la dok cabar suami suruh pukul ke, ceraikan ke. Tengah marah, syaitan pun menghasut. Ditambah dengan ego lagi. Mula la nak sepak terajang isteri.

Lagi sedih bila suami yang sepak terajang isteri masa isteri tengah mengandung. Takde belas kasihan langsung. Ikut hati sangat. Kadang-kadang isteri tu dah tak larat. Tak sempat masak. Suami balik kerja penat, tengok makanan takde. Mula lah naik angin. Lepastu naik tangan. Kemon la. Benda simple macam tu bawak bawak la bersabar.

Ada juga suami yang pukul isteri sebab cemburu. Mungkin isteri dia cantik sangat kot. Dah tu sampai isteri tak boleh bersembang dengan orang lelaki langsung. Kau agak-agak la. Cemburu biar bertempat.

Ada kalanya suami pukul isteri bila isteri dapat tau rahsia dia. Contohnya macam bila isteri tahu dia curang tapi tak nak mengaku. Lepastu pukul isteri. Ego la tu. Dah buat salah mengaku je lah.

Masa muda kau jangan nak panas baran je. Lelaki yang sabar adalah lelaki yang kuat. Ini sikit-sikit nak panas baran. Masa bercinta kemain penyayang.

Kurang asas agama juga merupakan salah satu punca suami cepat naik tangan dekat isteri. Kalau kau tahu hukum hakam, marah macam mana pun kat isteri kau takkan naik tangan.

Mana ada rumah tangga yang takde masalah. Jadikan itu sebagai cabaran dan salah satu sebab nak kuatkan lagi kasih sayang antara suami dan isteri. Kalau ada masalah, bawa berbincang. Kalau tak boleh, lebih baik kau diam. Bila dah reda marah, baru berbincang. Kah!"

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen