Hukumnya Haram Dan Berdosa Sekiranya Gunakan Teknik Marketing Menampakkan Aurat Wanita.

 

Dalam berniaga, pasti banyak kaedah dan cara untuk anda melariskan produk jualan. Bermula dengan pengiklanan yang hangat, promosi sehinggalah dengan bukti-bukti pengguna yang berpuas hati dengan produk anda, sememangnya teknik biasa yang dilakukan oleh peniaga. Dengan kaedah yang strategik ini pasti akan menarik ramai lagi pembeli barangan anda.

Namun dalam tidak sedar, kita telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya dalam sumber rezeki kita. Mungkin ada di antara kita yang melakukan marketing dengan mempamerkan testimoni-testimoni yang berpuas hati dengan produk kita tapi pada masa yang sama kita telah mendedahkan aurat-aurat pelanggan kita.

Mungkin cara kita itu untuk menarik ramai lagi pelanggan tetapi hukumnya haram dan berdosa walaupun mendapat keizinan tuan punya badan. Menurut Ustaz Farid Rashidi, perkara tersebut akan memberi kesan kepada rezeki yang bakal kita perolehi. Mari ikuti sedikit penerangannya.



Semenjak dua menjak ini, selalu sangat naik iklan di FB Stories beserta gambar tak senonoh. Menampakkan aurat wanita. Entah berapa kali juga saya cuba report kepada admin group dan pihak FB. Namun akan ada dan ada lagi.

Saya tak tahulah, samaada testimoni produk itu direka sendiri atau memang pelanggan yang bagi gambar.

Haa, tak kiralah apa jua teknik marketingnya jikalau terdapat gambar testimoni yang sengaja mendedahkan aurat dada, peha, rambut, betis ataupun kemaluan… maka hukumnya?

Hukumnya adalah HARAM dan BERDOSA. Biarpun si pemilik gambar mengizinkan sekalipun ia tetaplah berdosa.
Dosa tersebut akan memberi kesan kepada rezeki yang diperolehi, kerana ia melibatkan soal halal dan haram. Jadi darah daging tau.

Sekiranya si penjual menggunakan cara jijik sebegitu, hukumnya haram dan berdosa kerana sebarkan aib, aurat wanita untuk tontonan khalayak. Bahkan ia mendatangkan fitnah.

Ini berdasarkan larangan melalui dalil, firman Allah SWT:


وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

“Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada.”
[An-Nur: 31].


Apabila ia menimbulkan fitnah, maka ia juga diharamkan berdasarkan kaedah Sadd Zari’ah, iaitu mencegah perkara-perkara harus (perkara asalnya harus ialah menjual dan tunjukkan testimoni elok) yang boleh membawa kepada yang haram (testimoni gambar dedahkan aurat tubuh wanita).


Maksudnya asal hukum harus menjual dan tunjukkan testimoni elok-elok, kemudian jadi haram bila jual tapi tunjukkan testimoni gambar lucah mendedah aurat.

Ini juga juga berdasarkan kaedah fiqh lain yang berbunyi:


ما أدى إلى الحرام فهو حرام

“Apa sahaja yang membawa kepada yang haram, maka ia haram.”


Ini juga berdasarkan satu kaedah:


اتَّقُوا مَواضِعِ التُّهَمِ

“Berhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan.”


Kaedah usul fiqh ini diambil daripada kata-kata Saidina Umar r.a yang berbunyi:


مَنْ سَلَكَ مَسَالِكَ التُّهَمِ اتُّهِمَ

“Barangsiapa yang menempuhi laluan-laluan tohmahan, akan ditohmah.”


Islam tak larang pun kalian nak menjual produk apa sekalipun, juallah asalkan halal dan baik. Nak tunjukkan testimoni pun, tunjuklah. Tapi janganlah menipu, kemudian tunjuk pula part aurat wanita yang terdedah. Gantilah dengan gambar lain.

Kan banyak gambar lain, macam Ayamke, kambingke, gajahke, buah kelapake, si nopalke… eh eh, apa pulak si nopal ni.

Justeru, marilah sama-sama kita pesan pada mereka. Sampaikan ke group-group supaya para admin lebih alert. Kalau dia sengaja biarkan, dia pun terlibat sekali saham nanti. Bagi pembaca yang nampak iklan sebegitu, tolong delete dan report supaya tak tersebar luas.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,418 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen