Lelaki Memang Lemah Dengan Cinta Wanita. Setuju?

 

Alhamdulillah, Alhamdulillah selalu. Selawat penuh cinta dan salam khas untuk Rasulullah SAW, kekasih Allah yang kian lama dirindui. Buat pembaca blog ini dan para sahabat yang dihormati.



Dengan cinta segalanya boleh berubah, si pendendam menjadi pelembut hati, si pemarah jadi peyayang dan sebagainya. Zaman sekarang ni tipulah orang kata tak pernah bercinta , acik juga pernah lalui semua, walaupun kita tegah kita halang, kita herdik, kita maki jika mereka mengiginkan cinta tersebut pasti akan di usahakan sehingga dapat apa yang di mahukan dengan apa juga cara. Biarlah kita mengunakan pendekatan yang halus dan bersesuai agar mereka merasai dan terfikir tentang sesuatu pekara. Dan buat mereka sedar , cinta itu bukan semudah yang di sangkakan dan cinta kerana ALLAH adalah seindah cinta yang sebenar.

Nafas seorang mukmin adalah sebuah amanah Allah yang harus dimanfaatkan di jalan yang benar. Jangan disia-siakan, apatah lagi dibuang begitu sahaja. Jangan bermain dengan perasaan orang, apatah lagi jika orang itu adalah orang dekat dengan kita. Jangan memberi harapan bila memang harapan itu tidak pernah ada. Jangan memberi janji bila kita masih belum sedia untuk menunaikannya. Ini hanya sekadar peringatan kepada siapa sahaja tak kira kaum adam dan hawa...



Perempuan sering kata mereka lemah tentang cinta yang datang dari lelaki. Secara umumnya, wanita disifatkan oleh Allah dengan hati dan jiwa yang lembut. Kerana hati yang lemah itu, perempuan mudah ‘jatuh cinta’ dengan hanya kata-kata dan gerak geri seorang lelaki. Fitrah wanita yang berjiwa lembut dan lemah dengan pujian. Sebenarnya pekara itu juga berlaku sama juga dengan lelaki , lelaki lemah daripada wanita terutama dalam urusan cinta. Ini adalah hasil pemerhatian kehidupan peribadi sebagai seorang lelaki selama 23 tahun acik hidup.

Man is strong, but ...

Memang, wanita adalah manusia yang lemah lembut, halus tutur katanya, lembut hatinya bak air tenang menyejukkan sarat penuh perasaan kasih dan sayang. Kurang sesuai bila seorang wanita mengangkat barang-barang berat seperti meja dan kerusi, bukan?

Berbeza dengan seorang lelaki. Kuat, menentang, kasar, pantang di cabar, sukar menerima kekalahan. Bicaranya yang lantang dan tegas ditakdirkan menjadi seorang bakal pemimpin untuk hawa Namun tidak dalam segala hal seorang lelaki itu kuat. Ternyata kaum Adam itu lemah sangatlah terutama bagi persoalan cinta dari kaum hawa. Lemah dalam pandangan, fikiran, hati dan perasaan. Lelaki tidak mudah memperlihatkan emosi sedih mereka. Mereka hidup dengan cuba menutup rona lembut hati kerana mereka mahu kelihatan gagah dalam menguasai emosi. Mereka jurangkan satu perasaan yang lembut terkurung itu disebalik satu sifat yang nampak kebal dan tersendiri. Menangis itu bukan lelaki bagi mereka, tetapi menangis itu ialah satu sedekah murah si air mata yang hanya akan hilangkan kebal yang cuba mereka tunjukkan pada dunia.



Tetapi mereka sebenarnya menangis di dalam hati, kalah pada satu pertarungan diri apabila cintanya di khianati dan di permainkan perempuan dan membungkus buang satu perasaan duka. Mereka kalah pada satu tuntutan cinta yang merebak menguasai kuat sebuah jauh kembara. Lelaki sebenarnya insan yang amat setia, andai dirinya ditatang tinggi akan kuat rasa cinta. Lelaki juga sebenarnya mahukan satu penghormatan pada dirinya agar dia di pandang bukan kerana gagah sifat dan ego semata-mata tetapi kerana dia bakal menjadi seorang ketua keluarga. Mereka ini sebenarnya kalah pada kelembutan. Kalah pada kata-kata semangat. Kalah pada sifat baik dan sekuntum senyuman yang manis. Mereka mahukan perhatian itu, perhatian yang dapat membuang segala rasa keras hati dan cemburu. Perhatian yang dapat meletakkan tertinggi rasa setia itu.

Lelaki hanya tak pernah tunjukan kelemahanya di hadapan perempuan ,dia cuba jadi yang sebaik mungkin untuk kamu semua wahai kaum hawa. Walaupun sakit, walaupun apa yang dia rasa dia sembunyikan bukan kerana ego tapi mahu buktikan lelaki itu layak untuk dijadikan pemimpin di dunia dan di akhirat untukmu. Jadi hargailah sesama kita untuk melengkapi satu sama lain, perempuan lemah dari zahir dan perilakunya tetapi lelaki lemah dari dalamannya. Jadi saling memahami itu adalah kunci kebahgiaan. Jangan cari salah siapa tetapi terimalah seadanya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,717 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen