5 Tips Untuk Membuat Tempahan MUA Untuk Majlis Perkahwinan Anda.

 

Bagi para wanita, untuk memiliki wajah yang cantik dan flawless ketika majlis pernikahan mahupun perkahwinan adalah perkara yang sering diidam-idamkan. Malah, ada juga segelintir daripada mereka yang mahu disolek oleh Mak Andam atau dipanggil Make Up Artist (MUA) ketika hari pertunangan juga. Barangkali mahu dilayan seperti puteri raja, atau pun memang tidak tahu untuk solek sendiri.

Professional ataupun tidak, semuanya terpulang pada individu, tetapo yang penting anda perlu lakukan ketika ingin mencari MUA adalah..

1. Tempah MUA pilihan anda dengan lebih awal.

Apabila anda sudah dirisik, dan kedua-dua ahli keluarga serius membincangkan tarikh pertunangan, pernikahan dan perkahwinan, maka mulakan langkah dengan mencari MUA kesukaan anda. Dengan zaman sekarang dimana anda lebih mudah mencari dalam pelbagai platform, gunakan peluang ini mencari MUA di sosial media.

Mula ‘merisik’ dan whatsapp beberapa MUA kesukaan atau pilihan anda untuk mengetahui quotation yang diperlukan. Selain anda dapat ‘merisik’ MUA dengan lebih awal, anda juga akan dapat mengira atau merancang bajet untuk solekan.

2. Test Make Up.

Sebenarnya agak sukar sekiranya anda mahu test solekan mereka dahulu, tetapi amat digalakkan kerana untuk mengetahui kemahiran mereka  serasi dengan anda atau pun tidak. Oleh sebab itu, anda boleh lihat antara MUA yang pernah solek rakan-rakan anda, atau pun test ketika hari pertunangan anda sebagai permulaan.

Atau boleh juga menjadi volunteer model sambilan untuk solekan mereka, jika mereka membuat Kelas Make Up secara umum. Disamping itu, ia boleh menambah pengalaman anda juga.

3. Pastikan anda seorang sahaja pada tarikh tersebut.

Oleh sebab itu, pentingnya menempah MUA kesukaan anda dengan lebih awal dan bukan pada last minute. Namun, sekiranya last minute pun, tidak ramai MUA mahu membuat 2 kerja dalam satu hari, kerana mahukan hasil yang terbaik pada seorang client-nya sahaja pada satu hari.

Anda perlu double confirm bahawa MUA pilihan anda untuk tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh tersebut, nanti jika MUA terkejar-kejar, pasti solekan anda tidak memuaskan hati.

Nanti dah bayar mahal-mahal, rugi sahaja.

4. Penting, komunikasi dua hala!

Janganlah hanya dengan melihat portfolio mereka di laman sosial media, anda terus berpuas hati dengan skill solekan mereka. Anda perlu tahu, wajah kita semuanya berbeza. Ada yang sesuai dengan solekan begini, ada yang sesuai dengan solekan begitu. Jadi, pastikan anda sentiasa berbincang dengan MUA anda tentang solekan yang anda mahu secara terperinci.

Tidaklah nanti, ada kening sinchan pula.

Anda berpuas hati, MUA pun akan memberi service terbaik.

5. Cerewet, tapi jangan sombong pula.

Dalam perbincangan, pasti banyak yang anda minta. Nak itu! Nak ini! Sehingga rimas MUA tersebut. Jadi, tidak salah untuk cerewet sedikit kerana sebagai bakal pengantin anda berhak bersuara. Namun, jangan menganggap cara anda sahaja yang betul, bincang secara berbaik-baik dan cerewet biar kena tempat.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Pengantin Baru!

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 345,408 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen