Berlebihan Dalam Menggunakan Bahan Perasa Dalam Makanan, Akan Mengakibatkan 4 Bahaya Ini. Hati-Hati!

 

Bahan perasa seringkali digunakan dalam masakan, untuk menambah tahap kesedapan. Walaupun begitu ramai yang sedar tentang bahayanya bahan perasa ini, masih juga digunakan kerana sudah terbiasa, atau lebih mudah dikatakan sebenarnya menjadi ketagihan.

Apabila sudah ketagih, memang amat sukar untuk kita tapis bahan perasa ini.

Kalau tawar je, mulalah merungut tak sedap.

Dah letak garam pun, masih nak letak bahan perasa yang lain. Nak tambah sedap katanya. Atau tak cukup garam.

Namun, bahayanya bahan perasa ini akan mengakibatkan..

1. Munculnya gejala yang sama dengan Chinese Restaurant Syndrome.

Sindrom ini akan mengakibatkan leher, lengan, dan dada terasa panas, otot hingga punggung terasa kaku, nyeri dada, sakit kepala, mual, jantung berdebar, dan bahkan sehingga muntah.

Kesan dari bahan perasa ini amat jelas boleh dilihat pada mereka yang memang sensitif atau mudah terkena alahan kerana adanya kandungan glutamate asid. Sindrom ini akan terjadi setengah jam selepas bahan perasa ini digunakan. Namun, sindrom ini tidak kelihatan amat berbahaya, kerana ia berlaku sementara sahaja seperti dalam tempoh 5 jam.

Namun begitu, adalah dinasihatkan sekiranya ia berlaku dalam temph yang amat panjang dan sukar untuk sembuh. Jika lambat menerima rawatan, khuatir kandungan glutamat ini akan membuat tubuh badan anda dalam keadaan yang bahaya.

2. Kesan buruk pada penderita asma.

Pada mereka yang mudah diserang asma, perlu lebih berhati-hati dalam menggunakan bahan perasa secara berlebihan kerana ia akan memberi impak yang buruk pada kesihatan anda. Serangan asma anda akan berlanjutan dan sukar disembuhkan sekiranya menggunakan sekitar jumlah 0,5–2,5 g MSG.

3. Migrain pada anak-anak dan remaja.

Disamping itu, kesan buruk bahan perasa ini juga boleh terjadi pada anak-anak yang masih muda remaja. Sekiranya sering sahaja pening kepala, sehingga terjadinya migrain, berkemungkinan besar ia adalah daripada bahan perasa tersebut. Sebagai ibu bapa yang prihatin, adalah amat digalakkan memeriksa dahulu tahap MSG dalam bahan perasa sebelum diletakkan dalam bahan masakan.

Jika anak-anak sering mengadu sakit kepala, lebih elok periksa pada doktor.

4. Mendorong allergi yang lebih teruk.

Sekiranya anda melihat kenapa allergi dengan makanan laut tidak surut-surut, bahan perasa dalam makanan juga adalah salah satu punca kenapa allergi anda sukar untuk sembuh. Kulit mereka yang mengalami allergi sememangnya amat sensitive dengan kandungan yang terdapat dalam bahan perasa ini. Jika reaksi allergi semakin teruk, ia akan mengakibatkan gatal-gatal, muntah, mual dan sakit kepala juga.

Oleh itu, hati-hati dalam menggunakan bahan perasan dalam masakan. Kawal kandungan garam, malah bahan perasa supaya dapat menjaga kesihatan tubuh badan secara konsisten.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 492,855 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen