Menurut Pakar Psikologi, Kahwin Lewat Cenderung Diri Jadi Lebih Cerewet.

 

Mereka yang berkahwin lewat cenderung untuk menjadi lebih cerewet dan sukar bertoleransi dengan pasangan masing-masing. Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani berkata, sikap sedemikian tercetus disebabkan mereka telah terbiasa hidup dengan cara serta kebiasaan untuk satu jangka masa yang lama.

"Mereka juga risau disebabkan risiko tidak subur dan sukar mendapat anak disebabkan umur yang meningkat. Mereka akan tergesa-gesa untuk mengejar mendapatkan anak yang boleh menyebabkan berlakunya stres di kalangan pasangan.

"Perasaan kegagalan juga mungkin tercetus terutamanya di kalangan wanita akibat kesukaran mendapat anak.

"Dari aspek positif, wanita yang berkahwin lambat ini mempunyai fikiran yang lebih matang serta keadaan kewangan yang kukuh yang menyumbang kepada perkahwinan yang stabil," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu kata Dr Firdaus, senario wanita berkahwin lewat kerana berpendidikan tinggi sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa tetapi dikhuatiri memberi impak negatif terhadap kehidupan sosial masyarakat .

"Pertumbuhan penduduk pada 2030 nanti dijangka menjunam hingga 0.7 peratus berbanding 2 .6 peratus sekitar tahun 90-an dan berkahwin lewat dikenal pasti sebagai punca utama penurunan tersebut," jelasnya.

Mengikut kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke 5 (KPKM-5)  yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2014, didapati bahawa 86.8 peratus responden yang berumur 25 sehingga 49 tahun mempunyai keinginan untuk berkahwin di mana 31 tahun merupakan umur minimum untuk berkahwin.

Kata Dr Firdaus, ini berbeza dengan hasil penemuan pada tahun 2010, di mana sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bancian statistik purata umur perkahwinan di kalangan lelaki ialah 28 tahun dan perempuan ialah 25.7 tahun.

Ini sekali gus, ujarnya, menunjukkan terdapat peningkatan dari segi umur di mana mereka ingin berkahwin berbanding sebelumya.

"Penakrifan umur perkahwinan lewat pula adalah sekitar 37 tahun kepada lelaki dan 33 tahun kepada wanita pada tahun 2014. Terdapat  56 peratus responden lelaki berpandangan masalah kewangan menjadi punca utama mereka lewat berkahwin manakala majoriti wanita iaitu 35.7 peratus mengatakan tiada calon sesuai.

"Apabila dilihat secara spesifik mengenai tumpuan pada kerjaya, lebih ramai wanita memberikan sebab tumpuan pada kerjaya iaitu 18.1 peratus berbanding 9.4 peratus di kalangan lelaki.

"Bagaimapun, antara faktor lain yang mendorong wanita berkahwin lewat adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapi (26 peratus) disebabkan peningkatan kos sara hidup dan mahu memiliki kehidupan yang stabil terlebih dahulu dikuti oleh mendahulukan kemajuan kerjaya," katanya.

Berdasarkan statistik, kadar penyertaan buruh wanita di negara ini meningkat daripada 46.8 peratus pada 2010 kepada 54.7 peratus pada tahun 2015.

Jelas Dr Firdaus, ini membuktikan wanita kini mementingkan kestabilan karier dan kewangan.

Katanya, dari aspek psikologi, terdapat beberapa kesan terhadap emosi dan tingkah laku di kalangan mereka yang lambat berkahwin.

"Antara kelebihan berkahwin ialah mempunyai peneman untuk berkongsi suka duka kehidupan serta memenuhi keperluan emosi dan fizikal untuk hidup berpasangan dan berkasih sayang.

"Terdapat banyak kajian yang mendapati bahawa perkahwinan banyak memberikan impak positif terhadap individu, tetapi ia turut bergantung kepada umur ketika berkahwin.

"Mereka yang berkahwin terlalu muda (kurang dari 18 tahun) didapati mempunyai banyak masalah emosi disebabkan usia yang tidak matang serta ketidaksediaan memikul tanggungjawab menyebabkan adaptasi yang sukar kepada kehidupan berkahwin," katanya

Tegasnya, ia juga dikaitkan dengan kadar kepuasan hidup yang rendah dan angka perceraian yang tinggi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 615,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen