Berapa Jarak Usia Terbaik Untuk Anak-Anak Dalam Perancangan Keluarga?

 

Apabila sudah memiliki seorang anak dan anak sudah membesar, pasti ada yang mula merindui saat-saat mereka sedang mengandung mahupun menjaga anak kecil. Bukan itu sahaja, ada juga yang ingin membuat perancangan untuk memiliki anak yang ramai ketika masih muda lagi.

Tapi apabila kelahiran anak terlalu dekat atau rapat, ia pasti akan memberi impak kepada ibu dan anak yang masih kecil itu sendiri. Bukan itu sahaja, kesihatan ibu juga penting. Jadi buat anda yang sedang merancang kelahiran anak yang seterusnya, mari baca artikel ini.



Meskipun pengalaman kelahiran dan penjagaan bayi baru lahir yang dilalui oleh setiap ibu ada turun dan naik, namun selepas ibu berjaya mengharungi fasa tersebut (terutama fasa tidak mendapat tidur yang cukup), terdapat kebarangkalian bahawa anda ingin mengulang semula pengalaman tersebut. Berikut kami sediakan perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membawa pulang seorang lagi ahli keluarga dalam rumah anda.

Pertama sekali, jangan terlalu berfikir mengenai impak psikologi pada perbezaan jarak umur anak-anak anda. Jarak umur kecil ataupun besar dalam kalangan anak-anak akan memberikan manfaat dan cabaran yang berbeza.

Apakah kesan jika jarak umur anak-anak setahun atau kurang daripadanya?

Jika anda membayangkan anak-anak anda membesar bersama dan mempunyai cukup tenaga untuk menguruskan mereka, maka jarak usia yang kecil bukanlah masalah untuk anda.

Anda berkemungkinan akan sibuk untuk beberapa tahun terawal dalam membesarkan anak. Namun, anda akan gembira melihat anak-anak membuat sepah, bising dan menikmati hari-hari yang meletihkan dalam tempoh yang pendek semasa membesarkan mereka.

Anak anda yang lebih tua akan gembira menjadi kakak atau abang sulung dan mula menunjukkan tanda-tanda ingin berdikari. Anda akan lihat si kecil anda mula ingin makan dan bersiap sendiri, serta menjadi lebih berdikari.

Jika bayi kecil anda semakin membesar dan sudah boleh berkawan dengan si abang/ kakak, anak anda yang tua akan lebih gembira untuk berkongsi mainan dengan adiknya. Disebabkan jarak umur anak anda adalah dekat, maka selepas kira-kira 18 bulan, mereka cenderung mempunyai minat yang sama. Mungkin akan ada berlaku perbalahan pada anak anda, namun hubungan mereka akan akrab. Adik-beradik yang sedar bahawa mereka memerlukan satu sama lain untuk mereka terus bermain akan bermotivasi mencari jalan bagi berdamai.

Walau bagaimanapun, dengan menimang anak lain sebelum anak anda yang terkini berusia 18 bulan adalah sesuatu yang memerlukan anda untuk berkerja keras, terutama semasa permulaan membesarkan anak. Malahan, tahun-tahun terawal semasa membesarkan anak akan berlalu dalam kekaburan. Penjagaan anak anda akan dipenuhi dengan kurang tidur di malam hari, menukar lampin, penyusuan, memberi anak makanan pejal dan menguruskan hal dobi anak-anak. Ini bermakna, anda tidak mendapat masa yang secukupnya untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama si manja. Tambahan pula, semasa awal tempoh pembesaran bayi, anda dan pasangan akan cenderung untuk berasa letih membesarkan dua anak kecil sekali gus.

Apakah kesan jika jarak usia anak dua atau tiga tahun?

Jika anda mahu meluangkan masa dan berseronok dengan setiap anak anda, maka jarak usia dua atau tiga tahun mungkin sesuai untuk anda. Apabila bayi kedua anda lahir, anda sudah mendapatkan tidur yang secukupnya. Anak pertama anda juga akan jadi lebih berdikari.

Anak pertama atau anak terkecil anda ketika ini mungkin sudah tidak memakai lampin dan boleh makan serta menguruskan diri sendiri. Malahan, anak anda juga mungkin sudah boleh bercakap dan memberitahu anda apa yang mereka mahukan. Jika begitu, anda sudah mempunyai tenaga untuk kembali semula ke dunia ‘tidak dapat tidur malam’, alam penyusuan dan menukar lampin bayi.

Anda anda yang lebih tua akan rasa lebih yakin dan bersedia untuk menerima ahli keluarga baru. Dan, anda boleh membayangkan bagaimana anak anda akan menjalankan tugasnya sebagai abang/ kakak kepada si adik dan mereka bermain bersama-sama.

Dengan jarak umur seperti ini bermakna anda perlu menunggu sedikit masa untuk melihat anak-anak anda main bersama. Selain itu, mainan untuk kanak-kanak usia lima tahun, contohnya, adalah berbeza dengan mainan untuk kanak-kanak dua tahun. Ketika ini, anda mungkin akan mendapati bahawa anak anda yang lebih muda akan berminat untuk meniru dan menyertai adik-beradiknya bermain. Namun, anak anda yang lebih tua akan kurang bermiant untuk main bersama-sama, terutama jika adiknya tidak mempunyai kemahiran yang sama dalam bermain mainan seperti si abang/ kakak. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja kedua-duanya semakin meningkat usia, perbezaan ini tiada lagi. Kanak-kanak berumur 7 tahun dan 10 tahun boleh bermain dan bergembira bersama-sama, serta berkongsi mainan.

Bagaimana jika jarak umur anak-anak lima tahun atau lebih?

Jika anda ingin membesarkan seorang anak sehingga dia memasuki usia prasekolah atau sudah boleh berdikari, jarak usia lima tahun adalah yang terbaik. Anda akan dapat menumpukan perhatian kepada penjagaan anak anda dahulu sehingga dia sudah bersekolah, sebelum anda mula menerima bayi baru dalam keluarga.

Ini bermakna, anda akan menjadi lebih relaks dan kurang cenderung untuk risau tentang perkara-perkara kecil. Anak anda yang lebih tua ketika ini sudah tidak lagi memakai lampin, tidak meragam atau menunjukkan tantrum dan sudah tumbuh semua giginya, jadi tiada masalah untuk anda menumpukan perhatian kepada penjagaan bayi baharu. Anda sudah boleh memberikan perhatian yang cukup kepada bayi baru lahir terutama semasa si abang/ kakak berada di sekolah.

Anak anda yang tua juga akan berasa gembira dengan kehadiran bayi baru dalam keluarga. Namun, jangan mengharapkan anak anda untuk bersama-sama menjaga bayi meskipun anda melihat anak anda sudah boleh berdikari sendiri.

Anak-anak anda berada dalam peringkat perkembangan yang berbeza dan mempunyai minat yang berbeza. Malahan, anda mungkin mendapati mereka mempunyai sedikit sahaja persamaan. Anak yang tua mungkin sudah tidak tinggal bersama anda semasa anak yang bongsu berada dalam sekolah menengah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,532 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen