9 Khasiat Kurma Yang Perlu Kita Tahu.

 

Dengar sahaja buah kurma, pasti kita teringat tentang bulan Ramadhan kerana ia popular untuk dimakan ketika berbuka puasa. Namun, selain daripada bulan Ramadhan, kita digalakkan untuk mengamalkan buah kurma ini kerana ia terkandung banyak khasiat untuk tubuh badan kita.

Jom lihat 9 khasiat yang baik untuk kita…

1. Memberi Tenaga Segera.

Kurma mempunyai isi yang lembut, mudah cerna dan gula ringkas seperti fruktosa dan dextrose. Malah ia juga turut memberi tenaga segera kepada pemakannya. Itulah sebabnya buah kurma sering menjadi amalan sewaktu berpuasa di bulan Ramadhan. Selain kerana sunnah Rasulullah saw, umat Islam mengamalkan buah kurma sewaktu bersahur dan berbuka puasa sebagai pemberi tenaga setelah lapar berpuasa.

2. Baik Untuk Usus.

Ini pula khasiat kurma untuk perut. Buah kurma kaya dengan serat makanan, yang menghalang penyerapan kolesterol jahat (LDL). Di samping itu, ia juga berfungsi seperti julap lembut yang melancarkan pembuangan najis kerana kandungan seratnya. Selain itu, ia juga membantu melindungi dinding usus daripada bahan kimia penyebab kanser yang terdapat di dalam kolon.

3. Anti Jangkitan dan Anti Radang.

Kurma juga mengandungi antioks.idan flavonoid polifenol yang dikenali sebagai tanin. Tanin mempunyai ciri-ciri anti jangkitan, anti radang, dan anti pendarahan (mencegah risiko pendarahan kecil).

4. Baik Untuk Mata dan Kulit.

Kurma juga mengandungi vitamin A (149 IU atau 5% daripada RDA setiap 100 g). Vitamin A mempunyai sifat antioksidan dan bagus untuk mata. Di samping itu, ia juga diperlukan untuk mengekalkan mukosa dan kulit yang sihat.

Pengambilan buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin A juga dapat mencegah risiko kanser paru-paru dan rongga mulut.Ini merupakan khasiat buah kurma untuk kecantikkan.

5. Antioksidan.

Kurma juga mengandungi  flavonoid antioksidan seperti beta karoten, lutein, dan zeaxanthin. Antioksidan ini mempunyai keupayaan untuk melindungi sel-sel dan struktur lain dalam tubuh daripada kesan berbahaya radikal bebas.

6. Elak Anemia.

Kurma adalah sumber zat besi yang sangat baik. Ia mengandungi 0.90 mg / 100 g buah (kira-kira 11% daripada RDA). Zat besi merupakan komponen hemoglobin di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen dalam darah. Kekurangan zat besi akan menyebabkan anemia (kurang sel darah merah).

7. Elak Risiko Strok Dan Penyakit Jantung.

Kurma adalah sumber potassium yang baik. 100 g kurma mengandungi 696 mg atau 16% daripada  RDA. Potassium merupakan komponen penting dalam sel dan cecair badan yang membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah.

Oleh itu, potassium dapat mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung koronari.

8. Kesihatan Tulang Dan Saraf.

Buah kurma juga kaya dengan mineral seperti kalsium, mangan, tembaga, dan magnesium. Kalsium sangat penting dalam pembentukan tulang dan gigi. Selain itu, ia juga diperlukan oleh badan untuk penguncupan otot, pembekuan darah, dan pengaliran denyutan saraf.

Badan manusia menggunakan mangan sebagai faktor utama untuk enzim antioksidan. Tembaga diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah. Magnesium pula penting untuk pertumbuhan tulang.

9. Baik Untuk Peredaran Darah.

Buah kurma juga mengandungi kumpulan vitamin B-kompleks serta vitamin K. Antara vitamin B yang terkandung di dalam buah kurma adalah pyridoxine (vitamin B-6), niacin, asid pantothenic, dan riboflavin.

Vitamin ini bertindak membantu tubuh memetabolisma karbohidrat, protein, dan lemak. Vitamin K pula fungsi utamanya adalah membantu proses pembekuan darah dan menghentikan pendarahan.

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,378 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen