“Faham Atau Tidak, Sekurang-Kurangnya Anak-Anak Boleh Duduk Bersama Dengar Sebaris Hadith” –Imam Muda Asyraf-

 

Memiliki anak-anak yang masih kecil dan hanya mahu mengikut kemahuan mereka sahaja, pasti sukar untuk di didik. Dengan kesungguhan para ibu bapa yang konsisten, pasti akan membuahkan hasil dalam membentuk anak yang soleh/solehah. Terutamanya dalam melakukan taklim di dalam rumah, sambil di dengar oleh anak-anak.

Anak-anak sedang lasak, apalah yang mereka faham sangat, lebih-lebih lagi apabila cuba membaca sebaris hadith pada mereka. Namun, kaedah yang dikongsikan oleh Imam Muda Asyraf ini pasti membuka mata masyrakat dalam mendidik anak-anak.

Tidak mengapa jika anak-anak tidak faham, yang penting anak-anak mahu duduk bersama mendengar ibu bapanya bercerita mengenai kisah zaman Rasulullah SAW.

********

imammudaasyraf

Seperti biasa. Faham atau tidak perkara kedua. Yang penting kelibat duduk sambil mengambil berkat hadith itu menjadi rutin yang dibiasakan pada mata anak-anak.

Telinganya tidak memahami. Namun matanya belajar memerhati. Walau bermain handphone sekalipun, ianya satu kejayaan bagi membawa AbduRahman yang seaktif Ultraman Batman untuk duduk di depan. .

Bagi Aisy pula, dia sangat meminati cerita, hadith dan sebagainya. Manakan tidak, semangat beliau apabila hajat untuk menunaikan umrah di Mekah pada cuti sekolah Mac ini tak sabar dinanti. Doakan kami bersama ke sana.

Jarang sempat membaca bersama mereka. Selalu ummi yang mengambil peranan. Tapi kali ini Aisyah pun teruja duduk bersama Abah. .

Mungkin agaknya Abah mimpi apa malam ini tiada kuliah. Apapun selamat malam anakku. Tiada apa yang mustahil walau sebaris hadith. .

Sedangkan al-Qa’nabi mampu berubah watak dari peminum Nabiz (memabukkan) kepada perawi paling tsiqah dalam al-Muwatto’ hanya kerana sepotong hadith dari Imamnya Syu’bah. .

Semoga rumah lebih bercahaya.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,552 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen