“Bawa Anak Jalan-Jalan Tu Wajib…” Kongsi Lelaki ini.

 

Apabila telah menjadi ibu bapa, masing-masing perlu menjalankan peranan dan tanggungjawab supaya dapat membantu tumbesaran anak-anak berkembang dengan lebih baik. Pada waktu anak-anak masih lagi kecil, perhatian dari kedua ibu bapa adalah salah satu aspek yang penting untuk mendorong mereka menjadi anak aktif dan produktif.

Malah, dapat meluangkan masa dengan anak-anak seperti membawa mereka berjalan-jalan sekurang-kurangnya di luar rumah, dapat mendedahkan mereka dengan dunia luar. Isu ini perli dititikberatkan apabila sudah bergelak ibu bapa seperti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini…

********

Ini rutin saya setiap hari. Kalau tak dapat petang, saya akan bawa mereka jalan-jalan belah pagi. Alah tak jauh pun, depan rumah je. Jadilah tengok kucing, ayam dan burung-burung.

Sebenarnya jalan ke mana tu tak penting. Ada binatang atau tak pun tak penting. Yang penting ialah "bonding" ayah-anak tu. Tak usah lama, 5-10 minit sehari pun dah cukup.

Kadang tu ada ayah bukan tak ada masa, tapi sebenarnya tak ada "hati" nak luang 5 minit dengan anak. Ada je alasan penat la, sibuk la, banyak kerja la.

Banyak kebaikan untuk perkembangan anak-anak ni bila bonding ayah dan anak tu kuat.

Antaranya,

1 - Semakin kuat bonding semakin rapat hubungan ayah dan anak tu.

2 - Ada kajian mengatakan anak yang rapat dengan ayah ni self-confidence mereka lebih tinggi berbanding anak yang kurang rapat dengan ayah.

3 - Anak ayah biasanya kurang agresif. Kalau nampak anak tu agresif atau kasar mungkin sebab "tabung emosi" mereka tidak berisi. Bila tabung emosi kosong mereka akan mula menagih perhatian mak ayah dengan cara yang negatif.

4 - Ada juga kajian menunjuk anak yang rapat dengan ayah ni pandai bersosial. Dia mudah bergaul, dan perwatakan mereka digemari kawan-kawan di sekolah.

5 - Anak yang anggap ayah sebagai "kawan baik" ni boleh bina self-esteem tinggi dalam diri anak. Dia jadi tak mudah terpengaruh dengan gejala negatif kawan-kawan nanti.

Selain daripada ini sebenarnya perkara yang paling berharga bila ayah banyak luangkan masa dengan anak ialah "memori" gembira bersama tu.

Anak-anak ni kecil sekali sahaja. Sekejap je mereka akan besar dan lupa kita.

Masa anak kecil la kita kena "ada" dalam hidup mereka, nanti mereka dah besar baru kita "ada" dalam ingatan mereka.

Sehari memang ada 24 jam, tak luak pun 5-10 minit jalan-jalan dengan anak tu.

p/s : Tolong sampaikan juga pada orang lain yang selalu sibuk tu ye supaya mereka pun tahu pentingnya bonding ayah-anak ni.

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,841 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen