Isteri Perlu Amalkan Untuk Selalu Bertanya Tentang Khutbah Jumaat Pada Suami Kerana 6 Sebab Ini.

 

Ramai atau tidak dikalangan para isteri, yang rajin bertanya pada suami mengenai topik khutbah solat jumaat?

Atau terlalu sibuk dengan kerja di pejabat sehingga terlupa suami pergi solat jumaat atau tidak?

Atau leka shopping ketika waktu solat jumaat? Yela, waktu rehat pada hari jumaat kan panjang dari hari biasa sekiranya si isteri kerja pada waktu pejabat.

Si isteri perlu amalkan untuk selalu bertanya mengenai topik khutbah jumaat pada suami kerana…

1. Mendidik suami menjadi lebih fokus.

Apabila si isteri sering bertanya pada suami mengani isu dan topik ini, ia secara tidak langsung mendidik suami untuk menjadi lebih fokus pada topik yang dibincangkan. Selalunya kaum lelaki ada yang leka bermain dengan telefon bimbit, tertidur atau berbual kosong dengan rakan di sebelah. Malahan, dengan kaedah sebegini dapat mendidik suami untuk fokus pada suatu perkara secara tidak sedar.

Sebagai contoh, fokus pada leteran isteri, fokus pada isu penting yang dibincangkan terutamanya berkenaan dengan hal keluarga atau kewangan, dan sebagainya.

2. Mendidik suami menjadi lebih bertanggung jawab.

Apabila dapat mendidik suami menjadi lebih fokus, secara tidak langsung juga akan suami menjadi lebih bertanggung jawab dan bersabar dalam menangani segala masalah atau konflik rumah tangga. Topik-topik yang dibincangkan pada khutbah jumaat kadang-kala ada juga berkenaan dengan hal kekeluargaan. Jadi, apabila fokus pada topik tersebut, si suami akan teringat kandungan atau nasihat yang disampaikan.

Yela, lelaki kan sukar fokus pada satu perkara, malah sering terlupa.

3. Mendidik suami untuk berkongsi kebaikan khutbah jumaat pada keluarga.

Hal ini juga amat penting untuk mendidik suami mempunyai isu untuk dibualkan pada seisi keluarga. Tiada perbualan kosong atau yang tidak berfaedah akan dibincangkan. Dan secara tidak langsung, kaedah ini akan membentuk isteri dan anak-anak menjadi lebih berpengetahuan, fokus pada isu yang dibincangkan, suka bertanya, malah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Aktiviti ini boleh dilakukan sebagai ta’lim dalam rumah bersama keluarga.

4. Memberi peluang pada suami menjadi pemimpin keluarga yang baik.

Kadang-kala si suami terlupa menjadi pemimpin yang baik kerana terlalu sibuk mencari rezeki. Jadi, peranan sebagai seorang isteri adalah untuk saling ingat mengingati, kerana kaum perempuan memang peka dalam semua hal. Selain dapat mendidik suami menjadi pemimpin keluarga yang baik, ia juga dapat mendidik isteri untuk sentiasa taat pada suami. Give & take!

5. Si isteri dapat mengenali suami dengan lebih lagi.

Di samping itu, si isteri akan dapat mengenali suami dengan lebih baik sekiranya berdisiplin dalam bertanyakan berkenaan dengan isu ini. Ini kerana dalam perkahwinan, pasangan suami isteri sememangnya akan cuba untuk mengenali diri masing-masing disebabkan sikap manusia yang mudah berubah-ubah.

Sebagai contoh, mungkin pada hari tersebut topik khutbah jumaat membuatkan si suami berasa terkilan, sedih atau marah. Jadi, si isteri boleh tahu isu yang bagaimana untuk dibincangkan supaya si suami tidak berkecil hati, dan cuba lah berbincang dengan elok.

6. Sebenarnya dapat tahu si suami memang pergi solat jumaat.

Dan yang penting adalah untuk si isteri menjadi lebih peka jika suaminya pergi solat jumaat atau pun tidak. Ini lebih menggalakkan si suami untuk sentiasa mendengar khutbah, dan bukan solat semata-mata sahaja. Dan untuk mendidik suami menjadi pemimpin keluarga yang baik juga. Walaupun kadang-kala si isteri merasakan, mesti si suami dapat tahu melalui whatsapp group kalau tak dengar khutbah jumaat.

Namun, bersangka baik sahaja kerana dengan amalan sering bertanya ini akan membuat suami menjadi serba salah jika tidak melakukan tanggungjawabnya sebagai lelaki, apatah lagi sebagai suami yang baik dalam menjaga amanahnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,186 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen