8 Sebab Kenapa Hati Kita Tidak Tenang.

 

Sebagai manusia yang khilaf dan menumpang di atas muka bumi yang sementara ini sering sahaja merasakan diri yang tidak tenang. Sudah lah tidak tenang, sukar pula menemui bahagia. Hidup yang sering tertekan sehingga menjadi murung adalah salah satu tanda kita sukar untuk menjadi seorang yang tenang.

Sebagai Muslim, kita perlu mengetahui bahawa 10 perkara ini yang menyebabkan hati kita sukar untuk menjadi tenang…

1. Solat tidak penuh 5 waktu.

Bukan sahaja sering melewatkan solat 5 waktu , bahkan tidak penuh pula. Sering merasakan melakukan solat hanya kerana terpaksa.

“Taknak lah solat kalau tak ikhlas, buat apa?”

Jika sering beranggapan sebegini, lama-kelamaan sudah menjadi kebiasaan. Apabila sudah menjadi biasa, memang semakin berat untuk kita lakukan solat yang wajib ini. Oleh kerana itu, kita menjadi semakin malas untuk memenuhkan solat 5 waktu. Semakin malas untuk kita lakukan solat, semakin hati merasa tidak tenang.

2. Tidak berusaha melakukan solat sunat.

Kalau solat wajib pun sukar untuk dilaksanakan, apatah lagi solat sunat. Melakukan pelbagai solat sunat, menandakan kita ini adalah hamba Allah yang mahu taat kepada-Nya, dan bukan pada yang lain. Solat sunat juga adalah penanda aras, kita sentiasa beringat kepada-Nya dan mengharapkan bersyukur dengan pemberian nikmat-Nya.

3. Lupa nak berdoa pada Allah SWT.

Apabila tidak solat, sudah pasti kita tidak berdoa. Sombongnya kita pada Allah untuk berdoa, padahal melalui berdoa lah kita berkomunikasi dengan-Nya.

4. Lupa nak bersyukur dengan rezeki yang diberi.

Apabila tidak solat dan tidak berdoa, sudah tentu ia menandakan kita tidak bersyukur dengan segala rezeki dan nikmat yang diberi. Jika benar kita bersyukur pada-Nya, dengan melalui apa kita bersyukur sedangkan solat dan berdoa pun kita ralat nak buat?

5. Meluangkan masa lebih pada game bukan dengan Al-Qur’an.

Kelemahan kita pada masa kini adalah aplikasi yang terdapat pada telefon bimbit. Semakin canggih telefon bimbit, semakin banyak game yang boleh kita download. Tetapi Al-Qur’an yang semakin canggih, berwarna-warni dan dalam bentuk digital, tidak pula mendapat sambutan untuk dibaca setiap hari.

6. Sentiasa berkata-kata negatif.

Antara sebab yang lain hati sering merasa tidak tenang adalah, sentiasa melontarkan kata-kata yang negatif seperti carutan, makian dan kasar sehingga mengguris hati individu yang lain. Jika kita membuat hati orang lain tidak tenang dengan kata-kata kita, adakah Allah akan membalas hidup yang tenang pada kita?

Ubah la kata-kata negatif pada positif.

7. Meluahkan perasaan sehingga membuka aib sendiri.

Pada masa kini dengan perubahan zaman, menulis luahan hati di diari sudah bertukar ke sosial media. Jika dahulu kita akan menjadi marah sekiranya ada pihak atau individu yang cuba membaca diari kita, akan tetapi pada masa sekarang seolah-olah tidak malu meluahkan masalah dengan update status di sosial media pula.

Kawal lah dalam meluahkan perasaan, takut terbuka aib sendiri.

8. Tidak pernah bertaubat.

Dan yang paling penting, antara sebab kita sukar untuk berasa tenang adalah memang tidak pernah melakukan solat taubat. Dimana, solat taubat sepatutnya dilakukan setiap hari, kerana secara tidak sedar kita melakukan dosa-dosa kecil yang kita sendiri tidak nampak. Takut nanti, semakin kerap melakukan dosa-dosa kecil, menjadi dosa besar yang sukar diampunkan oleh Allah SWT. Sebab itu, kita berasa tidak tenang.

Ubah Lah Gaya Hidup Kita Untuk Menjadi Seorang Yang Tenang!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,931 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen