Melabur Dengan ASB Financing Atau Hartanah, Mana Lebih Bagus? Ikuti Perkongsian Harith Faisal Ini.

 

Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri, sama ada anda melabur dalam hartanah ataupun ASB Financing terlebih dahulu. Cuma yang membezakannya adalah bagaimana anda menguruskan kewangan tersebut. Melabur dahulu ke ASB Financing juga boleh membuatkan anda melabur ke dalam hartanah.

Walaupun ramai yang berbincang akan perkara ini, yang mana patut dilakukan dahulu, ataupun yang mana sesuai untuk anak muda yang baru berjinak-jinak ke dalam pelaburan ini. Ramai yang masih lagi ragu-ragu akan keputusan yang diambil.

Banyak perkongsian yang dikongsi oleh sifu-sifu hartanah dan juga kewangan mengenai perkara ini. Tidak ketinggalan juga saudara Harith Faisal. Jelasnya mengenai isu seperti adalah kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri, cuma ia bergantung pada anda sendiri.



Orang ramai masih ada yang bergaduh melabur dengan ASB Financing atau hartanah lebih bagus. Kenapa perlu pilih satu kalau kau boleh buat untung dengan kedua-duanya.

Nak ulasan ringkas macam ni je, kalau kau takda modal untuk beli rumah, kau buatlah ASB Financing dulu sebagai force saving supaya modal beli rumah cukup.

Kemudian, kau belilah rumah pula. Tak semestinya kena terminate ASBF untuk cukup modal kau beli rumah tu. Kemungkinan besar, guna dividen dan bonus pun dah cukup.

Pasal kelayakan, tak perlu risau. Banyak bank kira dividen ASB sebagai additional income. Kau kena provide sekali statement ASB masa apply untuk beli rumah kau tu.

Tapi, kalau kau rasa rimas dan risau tak lepas kau terminatelah dulu ASBF tu. Kemudian, belilah kau rumah itu dengan aman gembira. Lepas tu, apply semula ASBF.

Bagi saya, kalau kau memang tak ada komitmen lain selain ASBF tu, baik kau tak terminate. Paling tidak, dalam CCRIS kau dah ada rekod komitmen. Bank suka.

Anyway, kalau bulan ni kau dapat hidayah untuk beli rumah, kebetulan pula modal dah cukup, duit dalam KWSP akaun 2 pun berkepuk-kepuk, kau belilah rumah dulu.

Ramai saya jumpa ragu-ragu nak buat ASBF atau hartanah dulu ni, modal pun belum ada. Jadi, lepas baca posting ni saya harap pilihan kau kini dah terang lagi bersuluh.

Okay. Itu saja. ASBF mungkin tak sesuai untuk kau tapi semestinya sama dengan orang lain. ASBF mungkin tak sesuai untuk kau sekarang, tapi mungkin sesuai di kemudian hari.

Mana tau sekarang ni kau hardcore kat hartanah. Nanti lepas dah beli 20 hartanah, kau dah bosan, bolehlah melabur dengan ASBF ni pula. Diversify investment.

Jangan kau bersungguh untuk membenci sesuatu. Bukan apa, takut-takut kau akan jatuh cinta dengannya nanti. Acah-acah doktor cinta lah pulak kali ni. Ha! - HF

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 346,760 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen