Apabila Ada Niat Untuk Menyimpan Wang, Jangan Percaya 5 Perkara Ini.

 

Setiap kali menyimpan niat untuk menabung atau berjimat cermat pasti akan terbatal niat tersebut. Apabila gaji masuk sahaja, anda pasti akan menangguhkan dahulu pengasingan wang yang ingin disimpan, sedangkan anda perlu melakukannya di awal bulan.

Bukan itu sahaja, apabila anda ingin berjimat cermat sahaja pada bulan tersebut, pasti akan terdetik beberapa perkara yang ingin dibeli. Maka berlalulah bulan tersebut tanpa sebarang penjimatan atau tabungan oleh anda.

Mengapa perkara sebegini kerap berlaku? Ataupun anda yang tidak yakin dengan kewangan anda jika anda berjimat?

Apabila anda sudah memasang niat untuk berjimat, jangan terlalu memikirkan 5 perkara ini dengan berlebihan. Hal ini akan menyebabkan anda sukar untuk melakukan penjimatan ataupun tabungan.



1. Berjimat dengan membeli barangan yang murah.

Apabila anda ingin berjimat jangan membeli sesuatu barang kerana merasakan ia murah. Adalah lebih baik jika anda tidak membeli barangan tersebut kerana ia bukanlah keutamaan anda. Apabila anda membeli kerana merasakan ia berbaloi kerana murah, ia akan membuatkan anda berbelanja dengan lebih banyak sebenarnya.

2. Apabila berjimat anda akan susah.

Banyak orang yang berfikir bahawa apabila melakukan tabungan atau berjimat cermat ia akan meletakkan anda di tempat yang sukar. Sebagai contoh, anda yang mengalami wang pada hujung bulan, anda tidak mampu beli apa yang diinginkan dan pelbagai lagi, sedangkan anda sendiri yang tidak mampu kawal keinginan anda terhadap wang.

3. Merasakan anda akan ketinggalan zaman.

Jika anda memiliki wang dan turuti segala keinginan anda, pasti akan sentiasa up to date berbanding orang lain. Bermula dari penampilan hinggalah ke telefon bimbit anda pasti di antara yang pertama memakainya. Tapi apabila berjimat cemat anda akan mengabaikan perkara itu dan menghargai apa yang ada. Sedangkan, anda tidak akan baik-baik sahaja sekiranya tidak mengikut trend yang berlebihan.

4. Merasakan wang tidak cukup.

Selepas melakukan pengasingan untuk dana kecemasan, takaful, dan tabungan, anda merasakan baki wang yang anda miliki itu tidak cukup. Sedangkan itu hanya perasaan anda sahaja. Sebenarnya, apabila anda tidak mengasingkan lebih awal, anda lebih mudah untuk berbelanja sesuka hati anda tanpa memikirkan simpanan.

5. Merasakan barangan agak mahal.

Salah satu punca mengapa niat untuk menabung atau berjimat selalu sahaja tertanggung adalah kerana anda merasakan barang keperluan anda mahal. Maka dengan itu, anda merasakan wang yang anda itu tidak mencukupi. Sedangkan anda yang sudah membiasakan diri anda berbelanja sesuatu yang mahal dan anda tidak boleh mengawalnya.

5 perkara ini biasanya akan melekat difikirkan hingga menyebabkan anda sukar untuk berjimat cermat atau menabung. Sedangkan perkara ini boleh dikawal dengan anda tidak memikirkannya secara berlebihan ataupun anda bijak menguruskan kewangan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,467 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen