Cegah Diri Anda Dari Dijangkiti Athlete’s Foot, Jangan Pandang Remeh.

 

Pasti ada di antara kita ini pernah mengalami kulit kaki mengelupas ataupun tompokan putih di sekitar tapak kaki ataupun di bahagian jari-jari kaki bukan. Perkara ini sebenarnya kerap terjadi, cuma kita memilih untuk mengabaikannya apabila ia bukanlah satu yang teruk. Bukan itu sahaja, ramai yang tidak perasan akan kehadiran penyakit ini sebenarnya.

Ada juga yang beranggapan bahawa penyakit ini adalah perkara biasa apabila kaki sentiasa dalam keadaan yang lembab dan basah. Tapi apabila ia sudah mula serius dan mula menjadi lebih besar, barulah anda akan perasan akan jangkitan tersebut.

Menurut Lara Marina, seorang jururawat menyatakan bahawa ia adalah sejenis penyakit yang dipanggil sebagai kutu air atau dalam bahasa perubatan dipanggil kaki atlet (Athlete’s Foot) atau Tinea Pedis.

Jelasnya, dalam bahasa pasar dipanggil kutu air bukan kerana kewujudan kutu pada kawasan kaki. Ia adalah satu jangkitan pada kaki yang disebabkan oleh kulat.



Kaki atlet disebabkan oleh pelbagai jenis kulat yang dikenali sebagai Dermatophytes atau moulds. Keadaan tertutup, panas, persekitaran lembab adalah medium yang sesuai untuk perkembangan kulat.

Penyakit ini boleh berjangkit. Sentuhan dengan kulit yang dijangkiti atau pakaian yang tercemar dan tidak dibersihkan boleh menyebarkan jangkitan.

Tempat awam seperti sekolah berasrama, tempat berenang orang awam dan pusat kecergasan adalah tempat di mana biasanya berlaku jangkitan.

Biasanya kaki atlet menjangkiti ruang antara jari kaki, namun ia juga boleh menjangkiti kuku kaki dan tapak kaki.

                     

Tanda dan Gejala:

i. Bau kaki yang tidak menyenangkan

ii. Gelembung kecil atau lepuh yang gatal pada kulit kaki.

iii. Ruam merah berkeruping yang gatal di celah jari kaki. Lama kelamaan akan menyebabkan rekahan, kulit menggelembung yang boleh menyebabkan jangkitan kuman


iv. Kuku yang tebal, rapuh, kusam berubah warna atau terangkat dari asas kuku.


v. Kulit kaki menjadi kering dan berkeruping


vi. Kulit menggelupas dan merekah terutamanya di bahagian celah jari kaki


Faktor Risiko:

i. Setokin dan kasut yang lembab meningkatkan risiko. Keadaan panas dan lembab yang menyebabkan perpeluhan paling sesuai untuk penyebaran jangkitan

ii. Kawasan awam yang lembab

iii. Sistem daya tahan badan yang rendah sangat mudah berjangkit kepada orang yang kurang daya tahan penyakit seperti pesakit diabetes atau pesakit HIV/AIDS.


Komplikasi:

i. Jangkitan bakteria sekunder. Bakteria mengeluarkan bahan yang menyebabkan kulit terhakis dan berair di kawasan antara jari kaki dan menyebabkan rasa sakit.

ii. Reaksi alahan kepada kulat mungkin boleh menyebabkan gelembung kulit pada jari kaki dan tangan.

Rawatan:

i. Anda boleh menggunakan krim antikulat pada kulit anda. Kes yang lebih teruk mungkin memerlukan ubat berpreskripsi. Rawatan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan perkembangan kulat dan mencegah ia dari merebak.

ii. Penjagaan asas kebersihan diri dan bedak antikulat boleh menyembuhkan kebanyakkan kes. Walaupun dirawat dengan ubatan antikulat ia memerlukan beberapa minggu untuk sembuh.

Pencegahan:

i. Sentiasa pastikan kaki kering terutamanya selepas mandi dan selepas wudhuk.

ii. Biar berkaki ayam selama yang boleh di dalam rumah untuk membolehkan pengudaraan kaki yang baik.

iii. Pakai stoking yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti kapas atau bulu kambing biri-biri yang boleh menyerap lembaban dari kaki.


iv. Tukar stoking dan sarung kaki selalu. Sekiranya kaki jenis berpeluh, tukar stoking dengan lebih kerap.


v. Pakai kasut ringan dan mempunyai pengudaraan yang baik. Elakkan kasut yang diperbuat dari bahan sintetik seperti vinyl dan juga getah.


vi. Sediakan beberapa kasut untuk ditukar bersilih ganti. Ini akan membolehkan kasut kering sepenuhnya selepas penggunaan.


vii. Pakai sandal kalis air atau sandal khas mandian di bilik mandi awam, kolam renang dan pusat kecergasan dan juga tempat awam.


viii. Gunakan kasut anda sendiri, meminjam kasut orang lain boleh menyebabkan risiko anda mendapat jangkitan kulat.

                     


Sila berjumpa doktor untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,415 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen