Jangan Tertipu Disebalik ‘Kekayaan’ Di Sosial Media, Sebenarnya Mereka Bekerja Keras Untuk Kumpul Duit.

 

Hidup di zaman teknologi yang semakin berkembang maju membuatkan kita hidup berlandaskan sosial media semata-mata. Isu ini juga mendorong kita hanya melihat luaran pada seseorang tanpa berfikir atau mengetahui disebalik kehidupan mereka. Kita dipertontonkan atau didedahkan dengan kehidupan individu yang mudah hidupnya, bergaya, banyak harta, boleh pergi kemana sahaja dan sebagainya.

Namun, adakah kita tahu disebalik tirai kehidupan seseorang tersebut?

Adakah kita tahu usahanya untuk mengumpul harta dengan banyak?

Adakah kita tahu disebalik kekayaannya adalah ribuan tangisan yang sudah dikumpul?

Kecuali individu tersebut adalah orang terkenal atau selebriti pasti akan didedahkan kisah susah senang hidupnya. Jika kita ini hanya orang biasa dengan pandangan mampu hidup senang, pasti orang akan cuba berprasangka buruk pula.

Akan tetapi, sekiranya cuba berkongsi cerita bagaimana merancang kewangan pada umum walaupun bukan bergelar selebriti, dikecam pula kerana ramai beranggapan kita ‘bajet bagus’.

“Alahhh, saje nak tarik perhatian la tu..”

“Baru dapat kumpul duit sikit nak bagi tips…”

Mentaliti orang melayu!

Jika hidup hanya nak memuaskan hati manusia yang lain memang sukar untuk mengecap bahagia.

Namun sedemikian, kita tidak tahu disebalik kekayaan dan kebahagiaan yang mereka tunjukkan pada sosial media adalah hasil titik peluh sendiri. Pastu banyak pengorbanan yang mereka lakukan tanpa pengetahuan kita.

Mungkin mereka;

1. Hanya tidur beberapa jam pada waktu malam kerana minda sibuk berfikir bagaimana untuk merancang hidupnya, berbanding dengan kita tidur cukup 6-7 jam tetapi sering mengeluh.

2. Sukar untuk dilihat meluangkan masa atau membazir masa makan di restoran mahal. Masak dirumah kemudian buat kerja menggunakan wifi rumah sahaja. Jimat!

3. Asalkan hujung minggu tidak pernah bercuti sakan dan gigih untuk mencari duit lebih. Berbanding dengan kita, hujung minggu sahaja luangkan masa di kompleks membeli-belah, window shopping, atau bergossip.

4. Dapat sahaja duit lebih, bonus atau insentif terus simpan. Berbanding dengan kita, dapat duit lebih je nak shopping, nak travel, nak puaskan nafsu membeli katanya.

5. Tidak berputus asa dalam peniagaan yang sememangnya ada naik turun, malahan bukan setipa hari mendapat untung. Berbanding dengan kita, yang mudah putus asa, kemudian tak tebal muka ketika menjual produk pun. Malu! Nanti tak laku, malu je, katanya….

6. Tetap berusaha tingkatkan kemahiran di pejabat supaya mendapat duit imbuhan setiap tahun, tetapi dalam masa yang sama sering kena hentam dengan majikan. Berbanding dengan kita, kerja pun malas tapi mengharap naik pangkat, bila kena hentam dengan majikan terus update status di sosial media! Macam mana?

7. Berusaha mendapatkan kebahagiaan dan kekayaan kerana MEMBERI lebih pada ahli keluarga dan pasangan. Berbanding dengan kita, nak bagi duit pada ibu bapa pun berkira, kemudian tidak bersyukur dengan rezeki yang sedikit. Padahal mereka mendapat sokongan dari insan yang tersayang, sebab itu hidup tenang sahaja.

Kita ni macam mana nak tenang kalau asyik lihat kekayaan dan kebahagiaan orang lain, tetapi tidak pernah nak cuba atau usaha ‘kayakan’ diri sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 382,647 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen