“Masa Bujang la, Kena Belajar Untuk Menyimpan Wang, Nanti Dah Tua Menyesal..”

 

Kehidupan ketika bujang, memang amat menyeronokkan apabila tiada komitmen dan tanggungan. Bagi mereka yang masih bujang dan sudah bekerjaya pasti lebih menyeronokkan sekiranya duit gaji yang diperolehi tiada agihan pada siapa-siapa, tiada simpanan dan sebagainya.

Namun, keseronokan itu akan terhenti sekiranya langsung tiada perancangan.

Ketika muda lah kita perlu merancang untuk memiliki matlamat hidup dalam jangka masa yang panjang kerana masih bertenaga, tidak mudah menjadi pelupa, mata masih boleh melihat dengan jelas, dan kesihatan tubuh badan yang terjamin.

DAH TUA ATAU BERUSIA BARU TERFIKIR…

Nanti dah tua baru terfikir nak buat semua perkara dan mula merasa menyesal…

“Kenapa la masa aku muda dulu tak kerja kuat-kuat cari duit…”

Jika bersara mengharapkan duit EPF/KWSP atau Pencen semata-mata pasti tidak cukup. Dan ketika itulah baru terfikir nak buat perniagaan, nak sara hidup. Tapi dah tua tak larat pula. Nak guna duit anak pun malu. Semakin umur kita meningkat, sebenarnya semakin tinggi ego yang tersimpan.

Mulalah terfikir tidak mahu menyusahkan anak-anak.

Malu minta tolong dengan anak-anak. Kalau anak-anak sentiasa beri belanja setiap bulan, Alhamdulillah.

Akan tetapi, komitmen anak-anak pun semakin membebankan dengan kos sara hidup yang tinggi. Hanya mereka yang sudah meningkat usia dan berpengalaman sahaja akan mengetahui sukarnya untuk menjalani hidup secara berdikari.

Oleh sebab itu, ramai dikalangan mereka yang sudah capai umur bersara malu untuk gunakan duit anak-anak.

KENAPA PENTING SIMPAN DUIT KETIKA BUJANG?

Pada mereka yang bujang, selalu mengambil ringan dengan formula ini…

PENDAPATAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN

Malahan mereka tukar formula ini kepada:

PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN

Ramai dikalangan anak muda terlalu teruja dengan pendapatan sendiri sehingga mengendahkan formula ini dan berbelanja sakan, sehingga simpanan hanya RM10 sebulan. Mana cukup untuk kumpul dana kecemasan. Walaupun anda terfikir, sekurang-kurangnya anda mampu menyimpan. Akan tetapi jika tidak konsisten dalam menyimpan, akan merana masa depan.

“Orang yang mampu menyimpan wang, adalah orang yang mampu untuk melabur..”

PENTINGNYA MENYIMPAN WANG KETIKA MASIH MUDA ADALAH UNTUK;

1. Dana kecemasan.

Dana kecemasan seperti perkara yang kita tidak akan jangkakan. Kita mampu merancang, hanya Allah SWT yang tentukan. Bak kata pepatah Sediakan Payung Sebelum Hujan. Tidak la malu untuk pinjam wang dari saudara ketika dimasukkan ke hospital dan sebagainya.

2. Simpanan untuk berkahwin.

Wang dah ada, tapi tiada calon.

Tidak mengapa, sekurang-kurangnya anda tidak akan membebankan kedua ibu bapa untuk menjadi ‘sponsor’ anda ketika berkahwin. Selamat duit Pencen/EPF mereka, boleh mereka simpan untuk ke Umrah atau haji.

3. Dapat melabur.

Apabila anda sudah anda simpanan, sudah pasti anda mahu duit itu bertambah, takkan nak statik sahaja dalam akaun bank, kan? Jadi, apabila anda sudah bersedia untuk melabur, anda tiada lagi anggapan “Tak ada duitlah nak melabur..”

4. Duit tidak terhakis oleh inflasi.

Anda perlu mengetahui kaedah untuk menyimpan duit menjadi BERGANDA supaya duit simpanan anda tidak akan terhakis atau berkurangan. Ini kerana ekonomi negara akan mengalami inflasi dimana kuasa beli kita menjadi semakin rendah. Terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah tetapi kos sara hidup yang semakin tinggi yang tidak boleh dicapai dek akal.

Seperti formula ‘Rule Of 72’, jika kadar inflasi adalah 6%, manakala wang simpanan anda pula yang anda mampu kumpul untuk setahun adalah RM10,000, jadi dalam masa 12 tahun, nilai duit akan berkurangan menjadi RM5000. Maka dalam masa 12 tahun, anda perlu gandakan simpanan menjadi RM20,000.

(Formula: [72/6 = 12])

Sebagai contoh, masa zaman ibu bapa kita, mampu juga beli nasi lemak RM2 ataupun RM1. Namun, sekarang, berganda-ganda harga nasi lemak yang dijual.

Oleh sebab itu, daripada sekarang anda perlu menyimpan wang dan melabur pada tempat yang betul supaya dapat melebihi kadar inflasi. Tidaklah simpanan anda hanya statik sahaja, tetapi kos sara hidup semakin tinggi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 346,755 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen