Bila Dah Kahwin, 5 Perkara Ini Penting Untuk Anda Merancang Kewangan.

 

Perancangan kewangan ketika bujang amat berbeza dengan yang sudah berkahwin. Ketika bujang, kita hanya terfikir tentang diri sendiri dan tiada tanggungan seperti teman hidup dan anak-anak. Malah komitmen ketika bujang juga tidak berat jika dibandingkan dengan mereka yang sudah berkahwin.

Ketika bujang kita boleh lakukan apa sahaja, termasuklah malas nak masak dan hanya makan mee segera sahaja. Namun, setelah berkahwin, seelok-eloknya masaklah yang berkhasiat untuk keluarga. Dapat makan telur masak kicap dengan ikan goreng pun, memadai sementara menunggu gaji.

Jadi, bagi mereka yang baru berumahtangga, pasti tertanya-tanya, perancangan dari segi apa yang mereka perlu lakukan? Dah dapat gaji, tapi tak tau nak guna untuk apa pula? Jadi, jom lihat antara kategori yang para suami isteri perlu tahu…

1. Ansuran rumah.

Adakah anda menyewa, membeli rumah sendiri atau duduk dengan keluarga mertua? Semua itu perlu diambil kira. Kategori ini amat penting supaya anda tahu tentang komitmen apabila sudah berkeluarga. Ketika bujang anda tidak ambil kira tentang perkara ini kerana semuanya telah diselesaikan oleh kedua ibu bapa anda.

Kalau rajin bertanya dengan ibu bapa, pasti anda tahu berapa bayaran yang ibu bapa lakukan. Tetapi ramai anak muda tidak ambil kisah pun, malahan ketika bekerja duduk dengan ibu bapa juga kerana mahu jimat dan berdekatan. Kalau duduk rumah sewa pun, cari rumah sewa yang murah, tak sama dengan rumah sendiri di kampung halaman.

2. Ansuran kereta.

Apabila sudah berkahwin, sudah pasti ingin memiliki kenderaan supaya mudah satu keluarga bergerak kemana sahaja. Terutamanya untuk memiliki kereta sendiri, sudah pasti inginkan kereta yang selesa apabila berjalan jauh. Ketika bujang, kalau gaji tak cukup, boleh lah minta pada ibu bapa untuk cover bulan yang tidak berbayar. Nak bayar balik pun, boleh bayar sikit-sikit.

Nanti dah kahwin, mana boleh buat macam ni lagi? Malu kat pasangan, masih lagi meminta pada kedua ibu bapa. Semuanya perlu ditanggung sendiri.

3. Barang dapur.

Ini pun penting juga, nanti nak bagi pasangan dan anak-anak makan apa pula. Nak makan pun tak boleh berkira apabila sudah berumah tangga, nanti pasangan lapar boleh jadi harimau. Purata bahan dapur dalam sebulan yang anda boleh buat kira-kira dalam RM300 sebulan. Masa bujang RM100 untuk sebulan pun tak cukup rasanya.

Telur, roti, susu, beras, bahan masakan seperti bawang merah dan bawang putih, halia, kunyit, sos, lada hitam, garam, gula. Bahan basah seperti ikan, ayam, sotong, udang, sayur-sayuran. Dan banyak lagi.

4. Kos bil air dan elektrik.

Ini pun ramai anak muda ambil ringan kerana di rumah sendiri, semuanya ibu bapa yang uruskan. Mudahnya hidup zaman bujang, fikir tentang diri sendiri, dan hanya bagi duit pada ibu bapa setelah gaji sahaja. Bagi yang masih bujang, ramai beranggapan kos bil air dan elektrik ni sedikit, dan hanya ambil ringan sahaja.

Nanti dah kahwin, nak bayar bil pun boleh bergaduh.

“Saya dah bayar benda lain, awak la pula bayar bil air dan elektrik..”

5. Simpanan!

Dah kahwin nanti, jangan lupa amalkan menyimpan wang! Bukan sahaja baik untuk anda sendiri dengan pasangan, malahan boleh menjadi contoh yang baik untuk anak-anak kelak. Simpanlah 10% daripada gaji anda dengan pasangan, dan tetapkan matlamat untuk apa duit itu disimpan. Jika sebelum berkahwin sudah ada akaun bersama untuk kumpul dana perkahwinan, sesudah berkahwin pula, tukar akaun tersebut pada dana simpanan keluarga.

Selain daripada itu, kategori lain yang anda perlu ambil berat adalah;

  • Perlindungan takaful
  • Tabung pelaburan
  • Tabung pendidikan anak-anak
  • Tabung kecemasan / luar jangka
  • Tabungan bercuti
  • Tabung pencen
  • Kos baik pulih kenderan / rumah
  • Hiburan seperti melancong.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 345,397 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen