"Nak Cantik Boleh, Tapi Biar Berpada-Pada Asalkan Senang Kita Nak Sucikan Diri Dan Beribadah."

 

Apabila zaman serba moden ini, banyak perkara menjadi mudah dan menyenangkan. Semuanya boleh bermula dengan hujung jari dan kebanyakan teknologi juga semakin maju ke hadapan. Masing-masing sedang berlumba untuk menjadi yang lebih hebat dalam perkara ini.

Tapi dalam kemajuan yang sebegitu memudahkan itu membuatkan kita lalai dalam melakukan sesuatu. Bukan itu sahaja, ada kalanya perbuatan yang dilakukan itu menyalahi di sisi agama kita, tanpa kita sedari.

Pasti ramai yang mengetahui akan penggunaan eyelash extension, tattoo kening mahupun bibir dengan tujuan untuk mencantikkan diri mereka. Perkara ini sudah begitu meluas penggunaannya. Hal ini kerana ia merasakan bahawa ia mampu menjimatkan malah tidak perlu mengambil masa yang lama untuk bersiap.

Tapi adakah ia sah sekiranya anda mengambil wuduk dan solat? Mari baca sedikit perkongsian dari saudari Nur Liyana Farahin ini. Semoga ia bermanfaat buat anda.



                       

Beauty treatment kat Malaysia memang dah makin extreme. Makin maju zaman, makin ramai orang cantik sebab semua dah boleh enhance asalkan ada duit. Makin kaya, makin cantik.

Itu tiada masalah. Cumanya saya nak ingatkan diri saya terutamanya dan semua yang membaca kalau boleh kita janganlah go overboard. Sekarang orang dah tak pakai bulu mata palsu lagi dah, sebab semua dah buat eyelash extension.

Sambungkan terus bulu-bulu palsu dan gam di mata. Ada tahan 3-6 bulan dan lebih ikut penjagaan dan kualiti. Aduh sayang, macam mana mandi wajib dan solat kita selama mana gam ini masih ada.

Tak nak lukis kening? Boleh tattoo kan saja kening, bangun-bangun je kening dah terletak cantik. Arab dah lama buat ni, Indonesia pun dah lama cuma baru saja masuk Malaysia.

Bibir pink kalau laser buang dead cells okay lagi tapi ada yang terus letak warna pink dan tattoo kan. Nak pipi pink sepanjang masa? Tattookan je bagi pinkish.

Basically semua function lebih kurang sama cuma nama treatment saja diolah agar orang kita rasa okay untuk buat. Nak cantik boleh, tapi biar berpada-pada asalkan senang kita nak sucikan diri dan beribadah.

Masih terngiang sewaktu membersihkan jenazah almarhumah nenda saya (mohon sedekahkan al-fatihah), gigi palsu susah nak buang bila mayat sudah mengeras. Padahal semua dibadan harus ditanggalkan.

Bayangkan, kalau kita ada macam-macam jenis benda dibadan kita yang bersifat semi-permanent, macam manalah nak buang andai kita mati nanti. Bawalah kita segala yang kita ubah didunia ini kedalam kubur nanti.

Malaikat maut melawat kita sebanyak 40 kali sehari. Astaghfirullah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 345,397 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen