Lelaki Ini Kongsi 7 Tanda Suami Sayang Sangat Pada Isteri Yang Wanita Wajib Tahu.

 

Wanita atau isteri ini biasanya akan bertanya berulang kali adakah suaminya itu sayang atau tidak pada dirinya. Dalam sehari itu adalah juga 4 atau 5 kali pertanyaan itu berulang.

"Abang sayang ayang tak?"

"Bie sayang sayang tak?"

Setiap kali si suami jawab sayang, barulah tersenyum lebar terukir di wajah isteri.

Kadang kala isteri tidak perasan bahawa suami ini menunjukkan kasih sayang mereka melalui perbuatan mereka. Ini kerana, tidak semua perkara boleh diluahkan melalui kata-kata, tapi kasih sayang boleh diluahkan melalui perbuatannya terhadap orang yang disayangi.

Menurut Mohd Fhais, isteri-isteri perlu faham akan 7 tanda ini, kerana ia merupakan tanda kasih sayang sang suami kepada isterinya. Jika suami anda ada 7 tanda ini, lepas ini tak payah risau dirinya sayang atau tidak pada anda, mesti sayang punya.



1. Suami Ambil Berat Tentang Anda.

Balik dari kerja dia mesti tanya bagaimana hari anda hari ni. Dia juga suka dengar anda bercerita. Jadi "pendengar" setia. Kalau boleh dia nak tahu semua yang berlaku pada anda. Ini tanda dia ambil berat. Kalau anda mengadu ada masalah dia la orang pertama yang akan risau.

2. Sentiasa Mahu Yang Terbaik Buat Anda.

Dia tak pernah menolak kalau anda ajak jumpa ahli keluarga dan kawan anda. Tak ada istilah malas atau malu. Dalam fikiran dia yang terbaik untuk anda sama terbaik untuk dia juga.

3. Melayan Anda Dengan Baik.

Jika dia sanggup utamakan perasaan, permintaan dan keperluan anda lebih dari perasaan diri sendiri, itu bermakna cinta dia pada anda sangat ikhlas.

4. Selalu Luangkan Masa Bersama.

Suami anda lebih suka luangkan masa bersama anda daripada bersama kawan - kawan dia, maknanya itulah teman sehidup semati anda. Itu tanda dia gembira bersama anda

5. Anda Selalu Diutamakan.

Apa sahaja yang suami rancang mesti akan utamakan keperluan anda. Nak beli baju dia pun mesti dia akan belikan baju anda dahulu. Kalau dapat bonus hujung tahun dia mesti bagi anda dulu.

6. Dia Tak Rasa Malu Bersama Anda.

Bila berjalan di shopping mall suami tak akan tinggalkan anda jalan sorang kat belakang. Pergi mana pun dia sentiasa pimpin tangan anda. Dia pun tak malu untuk bawa anda ke majlis kerja atau jumpa kawan dia. Malah dia selalu memuji anda di depan semua orang.

7. Integriti Tinggi.

Selalu bercakap jujur dengan anda semua perkara. Dia tak pernah sekali mungkir janji, lambat atau cepat pasti ditunaikan. Dia juga tak pernah putus asa berusaha keras untuk selesai masalah rumahtangga jika ada. Dia tak pernah lari dari masalah.

Rasanya tiada suami yang tak sayang isteri dia. Cuma orang lelaki ni memang tak pandai nak meluahkan rasa sayang tu. Terlalu "kekok" bab perasaan. Ini fitrah orang lelaki.

Jadi kalau suami anda ada 7 tanda ni tu maknanya dia sayang sangat kat anda. Hargailah dia sebaik mungkin.

Kongsikan dengan suami dan ucapkan "terima kasih" tanda hargai pengorbanan dia selama ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,554 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen