“Kau Patut Bersyukur Aku Main Game Dari Aku Main Dengan Betina Lain!...”- Ikuti Kisah Ini.

 

Game itu sememangnya menyeronokkan, ia mampu menghiburkan seseorang malah kadang kala ia mengeratkan hubungan silaturahim. Tapi yang tidak menyeronokkan lagi adalah apabila anda sudah mengalami ketagihan dalam permainan tersebut. Mungkin dari sudut pandangan game ini hanya sekadar hiburan tapi apabila mengalami ketagihan ia akan mengganggu hubungan suami isteri, hubungan anak dan bapa serta pelbagai lagi masalah lain.

Ramai isteri-isteri yang beranggapan bahawa ketagihan game itu tidak mengapa jika hendak dibandingkan akan ketagihan yang lain, mana tidaknya lebih baik suami ada di depan mata berbanding sibuk dengan perkara lain di luar.



Namun begitu, ramai yang tidak sedar kesannya apabila seseorang itu sudah mula mengalami ketagihan yang teruk. Ada yang mula mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap keluarga mereka. Ada yang menjadi seorang pemarah terhadap anak dan isteri. Ini kerana, mereka ini akan mengganggu tumpuannya bermain game.

Perkongsian saudara Akhtar Syamir yang lalu sememangnya menjadi tumpuan ramai pihak, terutama mereka-mereka yang bergelar isteri. Rentetan perkongsian lalu, beliau telah berkongsi sebuah kisah mengenai seorang isteri yang diabaikan oleh suaminya hanya kerana mengalami ketagihan game, mari ikuti kisahnya.



                     

"Baik kau berambus ! Nak main game pun tak senang ! Kau patut bersyukur aku main game dari aku main dengan betina lain !

Tak percaya? Sebab korang tak lalui apa yang isteri ni lalui. Realitinya memang wujud situasi sebegini.

Bila membaca komen di penulisan saya mengenai ketagihan game suami, ramai suami dan lelaki yang kaki games ni tak rasa mereka dah tersasar jauh.

Perkongsiannya yang lalu, suami ketagihan game.

                       

                          


Mereka tetap dengan pendirian yang ketagihan game ini bukan satu masalah yang serious.

Pernah tengok penagih dadah bila dia marah? Mana ada dia peduli siapa di depan. Bila dia sedang ketagih, semua orang dimakinya termasuklah isteri sendiri.

Pernah tengok penagih game marah? Dia pun tak peduli siapa di depan dia. Anak ke, isteri ke, memang kena maki punya. Semua orang salah. Isteri salah kerana menegur, anak salah kerana mengganggu. Mak ayah pun salah kerana masuk campur urusan keluarga.

Mereka mahu terus hidup di dunia mereka. Dari 11 malam sampai ke 7 malam esoknya bermain PUBG. Berapa kerat sahaja tenaga yang tinggal? Sudah semestinya rasa sangat mengantuk. Tidur yang tak cukup juga boleh mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi.

Bila dalam situasi tu, isteri mengadu barang dapur dah habis pun boleh dapat makian. Anak naik atas badan pun silap - silap kena lempang.

Kamu lelaki yang lemah, yang dayus. Kamu dahulukan game berbanding anak dan isteri. Kamu takut jika kamu menghabiskan masa tanpa bermain, kamu akan ketinggalan rank.

Duit pun kadang - kala boleh habis disebabkan game. Ada yang menghabiskan beratus sebulan untuk nampak cantik dalam PUBG. Bangga apabila kita nampak lain dari yang lain. Sedangkan dapur kita sudah lama tidak berasap. Anak - anak sudah lama tak bertukar bajunya. Rumah pula sudah lama tunggang terbalik tanpa perhiasan.

Game telah mendahului segalanya. Untuk suami seperti ini. Insaflah sebelum kamu kehilangan keluarga kamu. Tak berbaloi rank ACE dengan Conquerer tu jika dibandingkan dengan anak isteri. Sanggup kamu memaki dan menghalau isteri kerana game kamu tu?

Kamu memang tak layak bergelar suami. Ketagihan kamu bakal menjadi penyebab kemusnahan keluarga kamu sendiri.

Kongsikan penulisan ini kepada pasangan kamu. Biar la dia suruh lukis ke nyanyi ke. Ini untuk masa depan keluarga.

Harap dapat beri pandangan dan nasihat kepada si isteri yang berada dalam situasi ini. Beliau perlukan nasihat anda semua."

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen