10 Teknik Mujarab Untuk Bertemu Jodoh Yang Dicari Selama Ini.

 

Sila baca 10 teknik ini untuk bertemu jodoh yang dicari selama ini :

1. Betulkan niat.


Niat nak kahwin adalah kerana Allah SWT, untuk selamatkan diri daripada segala maksiat, ingin mendapat zuriat dan untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Ingat, kahwin bukan sekadar memenuhi tuntutan nafsu sahaja!



2. Solat 5 waktu.

Anda wajib solat 5 waktu! Solat itu tanda kita mengingati Allah SWT dan ia tiang agama. Kalau tiang agama sendiri pun tak dapat ditegakkan, masakan untuk menegakkan agama sebuah keluarga?

3. Solat sunat hajat 2 rakaat.

Solatlah berulang kali, contohnya Solat 2 rakaat-Doa, Solat 2 rakaat lagi-Doa, Solat 2 rakaat lagi. Doa sehingga timbul keyakinan bahawa Allah SWT akan memberikan jodoh untuk anda. Anda sendiri perlu tanamkan dalam hati yang Allah SWT itu Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan, cuma mungkin bukan pada masa tersebut.

4. Bangun malam untuk beribadat.

Jika anda tahu betapa istimewanya mereka yang bangun malam untuk beribadat, pasti anda akan buat selalu. Allah terlalu ‘memandang’ mereka yang bangun untuk solat tahajjud, solat taubat dan solat hajat pada sepertiga malam. Bangun malam juga dapat memperkuatkan diri anda. Jemputlah jodoh anda pada waktu ini ya.



5. Berdoa dengan khusyuk pada waktu dan tempat yang mustajab.

Waktu mustajab untuk berdoa adalah waktu antara azan dan iqamah, waktu hujan, waktu tahajjud 3.00-5.00 pagi, sesudah solat 5 waktu dan selepas waktu asar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat. Tempat yang paling sesuai untuk berdoa adalah dalam Rumah Allah yakni masjid. Manakala, anda perlu pastikan berdoa menghadap kiblat, tubuh dan pakaian bersih lagi suci dan penuh pengharapan untuk dimakbulkan.

6. Tingkatkan kualiti diri.

Dalam menjemput jodoh, anda perlu tingkatkan kualiti diri dari segi penjagaan diri dalaman dan luaran. Pastikan tubuh dalam keadaan sihat, bersih, kemas dan cantik kerana Islam itu suci dan sukakan kesucian. Selain itu, buanglah sifat negatif seperti bangun lewat, bermalas-malasan dan suka buang masa. Penampilan seseorang juga sedikit sebanyak mempengaruhi jodoh datang ataupun tidak. Ingat, penampilan bukan sekadar paras rupa dan susuk tubuh tapi ianya menyeluruh!

7. Dalami ilmu kekeluargaan.

Ya, jika anda berniat mahu berkahwin, ilmu kekeluargaan perlu dikumpul sebanyak-banyaknya agar keluarga dibina kelak aman dan diberkati dunia dan akhirat. Janganlah baru setahun berkahwin, hubungan sudah retak menanti belah! Ilmu tersebut boleh anda dapat dengan menghadiri majlis ilmu, buku-buku, blog dan juga Youtube tapi perlulah bijak dalam menilainya.



8. Buat persediaan mental, fizikal dan kewangan.

Persediaan mental yang dimaksudkan adalah seperti pelajari ilmu kawalan emosi dan psikologi mengurus pasangan dan keluarga. Manakala, dari segi fizikal pula, selain kesihatan tubuh anda mungkin boleh sediakan keperluan seperti peralatan rumah, rumah dan kereta mengikut kemampuan masing-masing. Bagi persediaan kewangan pula, anda perlu ada simpanan untuk buat majlis perkahwinan dan kehidupan selepas berkahwin. Allah SWT juga akan memandang usaha persediaan seseorang untuk menjemput jodohnya, jika sambil lewa sahaja, mungkin jodoh akan lewat muncul.

9. Guna pelbagai cara untuk mendapatkan jodoh.

Sebagai manusia, memang Allah SWT dah tetapkan hidup, mati, rezeki dan jodoh seseorang. Namun, Allah SWT tetap mahukan hambaNya berusaha untuk membuktikan kesungguhan untuk mendapatkannya. Untuk mendapatkan jodoh, gunalah segala cara halal yang ada kerana kita tidak tahu dari mana jodoh itu akan muncul.

10. Sabar.

Sabar itu indah. Sabar adalah kunci utama dalam setiap perkara yang berlaku. Begitu juga dalam mendapatkan jodoh, anda perlu sabar jika tiada langsung sinar jodoh kan muncul, sabar jika sudah bertemunya, sabar jika ditolak keluarga pasangan, sabar jika ikatan pertunangan diuji dan sabar jika Allah SWT mentakdirkan majlis akad nikah dibatalkan disaat akhir. Bersabarlah, mungkin itu bukan jodoh anda yang baik dan pasti Allah SWT dah sediakan seseorang yang lebih baik!

Kesimpulannya, jemputlah jodoh dengan mendekati Pencipta jodoh! Inshaa ALLAH, jodoh akan muncul tanpa anda jangkakan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,249 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen