Tips Mendidik Anak Untuk Menjadi Amanah Seperti Cara Rasulullah SAW.

 

Dalam kisah-kisah kehidupan Rasulullah SAW, terlalu banyak mutiara berkenaan pendidikan anak-anak yang boleh dikutip. Bermula dari sebelum seorang bayi lahir, hinggalah pendidikan anak-anak menjelang remaja.

Dari ibadah khusus seperti kepentingan solat kepada anak-anak, hinggalah adab makan yang diajar terus oleh Rasulullah SAW kepada anak-anak.

Jom ikuti satu kisah tentang bagaimana Rasulullah SAW mendidik seorang anak agar bersikap amanah.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Busr Al Mazini RA, dia mengatakan,

“Pada suatu ketika, ibuku memerintahkan aku membawa setangkai anggur kepada Rasulullah SAW.

Lalu aku memakan sebahagian anggur itu sebelum aku serahkan kepada baginda.

Sesampai di hadapan Rasulullah, maka baginda menjentik telingaku dan mengatakan, “Wahai pengkhianat.”

(Hadis riwayat Bukhari no 5664)

Mungkin bagi sesetengah orang, ada yang akan berkata, “ala, anggur je pun, biar je la, dah budak tu nak makan.”

Rasulullah SAW memang terkenal sebagai seorang yang cukup menyayangi anak-anak, bahkan dalam banyak hadis kita akan dapat lihat betapa sayangnya Rasulullah SAW kepada anak-anak, terutamanya kedua cucunya dan anak-anak yatim.

Akan tetapi dalam kes ini, ia sedikit berbeza. Walaupun yang tidak sampai kepada Rasulullah itu hanyalah sedikit anggur, tapi Rasulullah ingin mendidik anak itu tentang sikap amanah. Kasih sayang Rasulullah untuk menjadikan anak itu seorang yang bersifat amanah lebih besar dari kasih sayangnya terhadap kepuasan anak itu memakan anggur.

Inilah satu perkara yang kita perlu beri perhatian secara khusus dalam pendidikan anak-anak. Contoh yang biasa berlaku dalam kehidupan kita hari ini, bila anak-anak kita suruh untuk pergi ke kedai bagi membeli beberapa barang keperluan, pastikan anak-anak itu membeli apa yang disuruh sahaja dan memulangkan wang bakinya dengan cukup.

TERAPKAN NILAI AMANAH DALAM DIRI ANAK

Audit anak-anak dan pesan agar mereka amanah walaupun hanya sepuluh sen. Jika ingin memberi upah, berikan kepada mereka selepas itu. Apa yang penting, adalah sikap amanah mesti diterapkan sejak kecil.

MENDIDIK ANAK UNTUK MEMINTA IZIN

Kadang-kadang, ada anak yang mengambil coklat atau buah dan terus memakannya sebelum membayarnya. Walaupun pekedai itu mungkin tidak kisah, tapi pastikan anak-anak kita dididik dengan sifat amanah dan budayakan mereka meminta izin jika ingin mendapatkan sesuatu. Walaupun buah jambu air yang terjulur di halaman rumah kepunyaan jiran tetangga.

Moga anak-anak pada masa kini semuanya akan menjadi orang yang amanah, Insya Allah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,754 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen