Antara Gaya Hidup Yang Mampu Merosakkan Diri Anda Sebagai Seorang Muslim.

 

Sebagai seorang manusia biasa yang khilaf, sudah tentu banyak perkara yang kita lakukan tanpa sedar sebenarnya merosakkan imej kita sebagai seorang Muslim. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, dunia yang semakin maju, teknologi semakin berkembang dengan moden dan tanda aras seseorang itu mengikuti perkembangan semasa.

Teknologi itu sendiri tidak salah.

Namun, bagaimana seseorang itu mengendalikan teknologi tersebut. Ini kerana jika baiklah tujuan kita mengendalikan sesuatu, baik juga hasilnya.

Antara gaya hidup yang mampu merosakkan kita sebagai seorang muslim adalah…

1. Melalui lagu.

Jika dahulu sukar untuk kita dengari lagu-lagu yang kita gemar, kecuali jika rajin ke pusat-pusat hiburan. Itu pun jauh dari rumah, dan mengambil masa yang lama untuk ke bandar. Namun, sekarang semuanya mudah hanya dengan telefon bimbit sahaja, tiada lagi Walkman, Ipod atau radio. Disebabkan dengan kebebasan mendengar lagu ini, asalkan rancak pasti mudah terikut, kita menjadi leka dan tidak sedar bait-bait lirik lagu tersebut.

Terutamanya lagu-lagu barat ini.

Berhati-hati dalam terlalu leka menyanyi, walaupun berkaroke bersama keluarga kerana takut lirik lagu ini sebenarnya akan melanggar akidah kita sebagai seorang Muslim. Memang benar ia hanya hiburan semata-mata, namun jika dah mengandungi perkataan kasar, kata-kata makian dan carutan, janganlah diamalkan. Ini secara tidak sedar akan membuatkan kita ketagih untuk sebut perkataan tersebut.

2. Hanya kerana sesuatu aktiviti membuatkan kita terlepas solat.

Perkara ini seperti sudah menjadi kebiasaan antaranya pada para wanita. Oleh kerana ingin menjaga solekan di muka, katanya foundation tersebut boleh tahan lama sehingga ke malam hari untuk sesuatu majlis. Jadi, tidak kisah meninggalkan solat. Boleh qada’ katanya.

Contoh yang lain seperti…

Menonton drama pada waktu maghrib sehingga tidak kisah melewatkan solat.

Menunggu perlawanan bola sepak di stadium sehingga tidak kisah terlepas solat.

Menunggu smartphone yang baru dan sanggup beratur dengan lama sehingga terlepas solat.

Dan seumpama dengannya….

3. Gaya penampilan.

Isu ini semakin hangat diperkatakan pada masa kini. Kita mudah melihat gaya seseorang kerana adanya sosial media, dimana ramai dikalangan kita akan menggayakan penampilan mereka dengan #OOTD. Dari sini kita boleh tahu, gaya kita sebenarnya melambangkan fesyen yang diilhamkan dari selebriti kegemaran kita sendiri tidak kira dari negara sendiri atau negara barat.

Jangan katakan wanita sahaja yang tidak menutup aurat dengan sempurna, malahan lelaki juga ada yang tidak menjaga auratnya. Terikut dengan gaya punk, skin head, black metal dan seumpama dengannya. Zaman sekarang ni K-Pop pula. Orang sana pakai seluar senteng, orang kita terutamanya kaum wanita juga mahu memakai seluar senteng.

Hati-hati!

4. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Ini juga adalah gaya hidup yang mampu merosakkan imej kita sebagai seorang Muslim. Situasi ini terjadi kerana pengaruh drama dikaca televisyen. Semua drama yang ditayangkan, apabila seseorang mengalami tekanan dan mempunyai masalah, pasti akan bergaul bebas pergi ke kelab malam sehingga melakukan seks bebas.

Bukankah semua itu pengaruh yang tidak baik.

Ubahlah Gaya Hidup Yang Melambangkan Seorang Muslim!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,757 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen