“Dah Diet, Tapi Tak Kurus-Kurus…” Jom Lihat 6 Sebab Ini Diet Anda Tidak Menjadi.

 

Setiap individu yang menjaga diet pemakanan ada sebab mereka tersendiri. Namun, majoriti daripada mereka menjaga diet pemakanan hanya kerana mahu kurus semata-mata. Oleh kerana itu terjadinya diet yang tidak berkesan pada individu ini seperti...

1. Tidak mengamalkan makan sarapan.

Seperti yang kita tahu, dalam rutin harian kita memerlukan jadual pemakanan yang teratur iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Jika tidak mengikuti langkah ini sebenarnya akan membuatkan tubuh badan anda secara tidak langsung tidak dapat membakar lemak dan peroleh tenaga dengan betul.

Terutamanya, skip breakfast dimana akan membuatkan anda makan pada waktu tengah hari dan malam dalam kuantiti yang banyak.

2. Tidak menghiraukan kalori dari minuman.

Anda nak kurus, tetapi sentiasa minum air kotak atau botol yang kononnya baik untuk kesihatan. Anda perlu sentiasa semak kalori dalam minuman tersebut kerana anda pasti tidak percaya kandungan gulanya adalah tinggi sebenarnya. Jangan mudah terpedaya dengan strategi pemasaran ini. Kalau nak selamat, apa kata anda buat sendiri jus di rumah. Anda sendiri boleh kawal gula betul, tak?

3. Tidak menghiraukan kandungan protein dan lemak dalam makanan.

Nak kurus, tapi asalkan ada protein dan lemak pada makanan, anda makan sahaja. Kerana terlalu takut dengan kandungan karbohidrat dalam makanan, anda terus makan makanan yang mengandugi protein dan lemak sahaja. Anda kena ingat, hidangan untuk menu diet perlu seimbang, bukannya ada yang berlebihan, dan ada yang tiada.

Ini akan merosakkan ginjal anda, dan meningkatkan kadar kolestrol dalam badan yang mendorong pada penyakit strok.

4. Tidak mengambil secubit garam.

Hanya kerana garam, anda menjadi takut untuk makan. Takut nanti masin dan menganggu diet anda.

Tanpa garam seratus peratus dalam makanan sebenarnya bahaya juga untuk tubuh badan kerana akan mendorong penyakit lain pula. Garam sebenarnya untuk menghasilkan hormon tiroid, memelihara keseimbangan cairan tubuh badan, menjaga aktiviti sel saraf, malahan meningkatkan fungsi otak.

5. Tidak mengambil berat tentang serat makanan.

Serat dalam makanan sangat penting kerana ia adalah elemen penting untuk menurunkan berat badan dengan cara kenyang yang tahan lebih lama. Makanan yang berserat tinggi juga akan membantu melancarkan pencernaan dimana penghadaman yang lebih baik. Jika perut anda lawas setiap pagi, ia menandakan anda mengambil makanan yang berserat tinggi dan elok tubuh badan.

6. Tidak menitik beratkan kesan buruk tentang pil kurus.

Ada juga sebahagian daripada kita mengambil langkah yang singkat dengan pil kurus. Pil kurus yang terlalu banyak di pasaran membuatkan nafsu kita membuak-buak untuk kurus dengan cepat. Ini bermaksud strategi pemasaran mereka sangat berkesan sehingga kita terpengaruh untuk membeli pil kurus tersebut tanpa mendapat nasihat daripada doktor dahulu.

Pil ini bukan sahaja membuatkan anda sukar untuk kurus, atau kurus terlalu cepat, malahan memberi kesan yang negatif pada tubuh badan seperti merosakan organ dalaman, terutamanya peranakan. Hati-hati!

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 627,829 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen