Jangan Takut Untuk Berseorangan, Kerana Ia Adalah Masa Yang Baik Untuk Bermuhasabah Diri.

 

Sebagai manusia biasa, kita terlalu takut untuk berseorangan apatah lagi ketika kesunyian. Namun, ada segelintir suka untuk berseorangan, tetapi tidak pada kesunyian. Semuanya terpulang pada setiap individu. Kita terlalu takut berseorangan dan kesunyian kerana kita amat memerlukan perhatian.

JANGAN TAKUT…

Takut tidak bertemu jodoh…

Takut disisihkan oleh kawan-kawan….

Takut dipinggirkan oleh keluarga mertua yang lebih bekerjaya…

Tanpa perhatian kita akan menjadi sedih, murung dan terasa seperti kurang kasih sayang....

Kita sering bergantung harap pada manusia ketika berseorangan, oleh sebab itu kadang-kala membuat sesetengah individu menjadi stress. Ubahlah cara hidup kita dengan bergantung harap pada Allah SWT seratus peratus.

SELALULAH BERMUHASABAH.

Ini yang dinamakan waktu untuk bermuhasabah diri.

Dalam konteks Islam juga, kita digalakkan untuk bermuhasabah diri pada satu pertiga malam seperti menunaikan solat sunat atau dipanggil ‘Qiyamulail’ yang dianjurkan oleh sunnah NABI SAW. Setelah penat melakukan kerja seharian, sudah tentu kita memerlukan masa berseorangan untuk bermuhasabah.

Selain daripada itu, dengan bermuhasabah diri juga dapat membuatkan diri kita sering bertanya pada diri sendiri…

Apa yang sudah dicapai untuk hari ini?...

Adakah aku bertanggung jawab dengan kerja yang diberi? Supaya dapat rezeki yang berkat....

Adakah aku sudah berbuat baik kepada kedua ibu bapa? Supaya sentiasa diredhai....

Adakah aku ini bermanfaat pada masyarakat? Supaya menjadi orang yang berguna....

Adakah aku sudah berbuat banyak dosa hari ini (seperti mengumpat dan sebagainya)? Supaya setiap malam dapat refleksi diri sendiri untuk mengetahui kita ni bukan siapa-siapa tetapi makhluk Allah yang hina lagi banyak dosa.

Persoalan-persoalan ini akan mudah terpacul bila kita mula bersendirian. Bila kita bersendirian juga kita ada peluang untuk baiki kelemahan diri yang selama ini kita tidak nampak kerana sibuk laburkan untuk orang lain.

UNTUK SEDAR KITA PERLUKAN PERGANTUNGAN DARI ALLAH SWT.

Selama ini kita mungkin menjadi terlalu sibuk memberi perhatian kepada orang yang tidak pasti untuk kita pada masa hadapan. Maka inilah masa yang paling sesuai untuk keluarkan diri kita yang sebenar. Potensi diri yang mungkin lebih besar dari sebelum ini.

Mungkin sebelum ini kita bukan tidak sedar yang kita ada kelebihan tertentu dalam bidang kehidupan kita sendiri. Namun apakan daya waktu itu kita tidak sedar kerana banyak masa dihabiskan untuk orang lain yang belum tentu pedulikan diri kita sepenuhnya seperti kekasih hati yang belum sah akad nikahnya.

Gunakan peluang ini untuk refleksi diri sendiri. Mulakan sekali lagi untuk kenal diri, di mana kita berada sekarang, apa tujuan kita dan apakah langkah-langkah kecil yang mungkin kita boleh mulakan sekali lagi perlahan-lahan untuk mencapai matlamat hidup yang sebenar.

Seperti Kalam ahli sufi ada menyebut;

“Barangsiapa yang kenal dirinya maka dia kenal Tuhannya” [Yahya Bin Muaz al Razi]

Maksudnya ialah pada diri kita ini mengandungi banyak tanda-tanda penciptaan Allah. Apabila kita sedar hakikat ini barulah kita tersedar yang hidup ini bukanlah sia-sia boleh dihabiskan masa begitu sahaja tanpa tujuan yang jelas.

Allah SWT telah berfirman;

“Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan sia-sia begitu saja?“ [Surah Al Qiyamah: 36]

Jadi, janganlah takut untuk berseorangan ketika kita merasakan diri tersisih kerana ia secara tidak langsung membuat diri ini mencintai diri sendiri, dan mengutamakan 6 perkara ini…

  • Agama
  • Ilmu
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Pergaulan
  • Keluarga

Semoga Bermanfaat!

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,443 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen