Perempuan Yang Cepat Perasan Atau Lelaki Yang Lebih Melayan?

 

Assalamualaikum semua..

Kalau dalam satu-satu perhubungan, memang susah sebenarnya untuk kita meneka mana letaknya status sebenar. Kadang, kita rasa si lelaki memang dah bagi hint sepenuhnya... tapi takde declaration. Perempuan jadi seperti syok sendiri atau terlebih feeling. Yang lelaki pun satu hal... kalau rasa tak sure sama ada si perempuan tu pilihan terbaik atau tidak, janganlah diberi layanan 'special'. Janganlah di 'caring' seperti kekasih, janganlah diberi kasih sayang dan harapan. Perempuan cepat rasa benda tu semua. Hati perempuan kan lembut.



Aku akui, tak dinafikan MEMANG PEREMPUAN CEPAT PERASAN. Memang kami dilahirkan punya hati yang sensitif dan cepat merasai sebarang perubahan, hint, green light dan petunjuk dari kaum berlainan. Malahan, lagi dasyat...kami dianugerahkan instinct. Ala-ala sixth sense gitu. Walaupun kaum Adam cuba menyembunyi, kami bijak meneka orangnya. Pada hemat aku, ini semua anugerah. Perempuan dianugerahkan naluri dan sixth sense yang kuat sebab kami lemah. Kadang-kadang tanpa sedar kami jadi mangsa. Mangsa perasaan kepada kaum Adam. Kami rasa seperti kami ni dah punya tempat di hati mereka, tapi at last rupanya si dia takde perasaan sebegitu. Apa ingat kami ni barang mainan? Apa ingat kami ni takde perasaan?

Kamu menatang kami macam minyak yang penuh, memberi perhatian dan kasih sayang yang kami dapat rasakan melimpah ruah, melindungi kami, mencemburui kami bila berada dengan kawan lelaki lain, dan kami rasa sangat special di mata kamu...tapi kenapa akhirnya kamu kata takde perasaan? Habis apa semua tu? Suka-suka? Kejam kamu ni! Bila ditanya, adakah dengan semua kawan perempuan kamu layan begitu, jawapannya tidak. Tidakkah itu cukup membuktikan kami special di sisi anda?



Itulah lelaki...

Sukar ditafsir. Apa yang jelas dimata kami, belum tentu tepat di mata mereka. Apa yang kami rasa, belum tentu mereka rasa. Apa yang kami harapkan, mungkin hanya sekadar permainan buat mereka. Pada sang lelaki, andai kamu belum bersedia, usah bermain dengan api. Inikan pula bermain dengan jiwa. Jiwa itu fragile bentuknya. Sekali retak, belum tentu boleh dicantum picisannya. Sekali terluka, belum tentu mudah dirawat parutnya. Jadi hati-hati lah ye. Kalau suka kata suka, tidak kami ternanti-nanti.... heheheh... Semoga kita semua ditemukan dengan si dia yang tahu menghargai perasaan kita! :)

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,945 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen