“Sepatutnya Semua Suami Kena Tahu 5 Tanda Isteri Tak Cukup Tidur..” Nasihat Lelaki Ini.

 

Dalam perkahwinan, pasangan suami isteri perlu tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing. Akan tetapi majoriti pasangan yang sudah berkahwin ini hanya tahu tanggungjawab yang sudah menjadi kebiasaan dalam rumah tangga seperti memasak, mengejutkan solat subuh, mengajak untuk solat berjemaah, membasuh baju dan seumpama dengannya.

Namun, ada tak pasangan suami isteri yang bertanggungjawab menjaga tidur masing-masing. Bila si suami tidur, si isteri akan memberitahu anak-anak supaya tidak membuat bising, membuat perangai sehingga si ayah ini terjaga.

Bila si isteri tidur, ada atau tidak si suami menjaga tidur si isteri dan melakukan urusan mengemas rumah sebaliknya bersama anak-anak?

Atau tunggu si isteri bangun, dan hanya membiarkan si isteri melakukan semua kerja rumah?

Berkenaan dengan hal ini, saudara Taufiq Razif telah berkongsi di mana si suami juga sepatutnya lihat jika si isteri tidak cukup tidur…

************

Semua suami kena tahu tanda-tanda isteri tak cukup tidur apabila….

1. Kalau sakit tu jadi lambat baik sikit sebab sistem imum dan respon tubuh untuk lawan jangkitan kuman tu jadi perlahan sikit bila kurang tidur.


2. Ada masalah berat badan. Lemak bertimbun di sana sini. Bukan sebab isteri tu pemalas tapi 2 hormon ni, LEPTIN dan GHRELIN jadi kacau bilau. Tu yang jadi selalu lapar dan susah kenyang.

3. Selalu pelupa. Kurang tidur ni akan efek pada 'long and short term memory'. Kreativiti dan konsentrasi isteri kita pun akan menurun secara drastik. Tu yang duk pakai baju kelawar je tu. Bukan tak pandai berhias tapi otak jadi tumpul dan susah nak fokus.

4. Tidur berlebihan di siang hari, selalu dilihat menguap dan lesu. Sebab tu la kita kena pandai baca bahasa badan pasangan kita. Jangan mimik muka nampak lesu dan berkerut sini sana kita buat tak tahu. Jangan!

Isteri selalu moody.

Tak cukup tidur ni akan menyebabkan isteri kita ni selalu melenting dan mudah marah ( irritability & anger ). Bukan tu je, ketahanan isteri kita pada stres pun akan sangat lemah.

Tu la kenapa tolong la perhatikan isteri kita walaupun mungkin isteri kita nampak seperti tak ada apa apa tapi percayalah, mereka tetap perlukan perhatian dan pertolongan kita.

Saya percaya, suami yang paling sensitif dengan emosi isteri adalah suami yang paling hebat di mata anak anaknya sendiri!

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 627,836 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen