"Masa Sakit Tidak Mahu Jaga, Tapi Masing-Masing Sibuk Tuntut Harta Pusaka..."

 

Apabila melibatkan harta pusaka ini pasti akan membuat ramai orang gelap mata, sehinggakan sanggup bermusuhan. Tidak kiralah sahabat baik, suami isteri mahupun adik-beradik, semua tidak mengenal pertalian darah ataupun tidak.

Tapi biasanya perkara ini berlaku di kalangan adik-beradik, di mana harta pusaka peninggalan ibu bapa sememangnya menjadi rebutan buat anak-anak. Sebab perkara inilah adik-beradik tidak bertegur bertahun-tahun, sebab ini jugalah adik-beradik sudah tidak mahu pulang ke kampung.

Jom baca sedikit perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini, mengenai harta pusaka ibu bapa kita, jangan terlalu berharap akan harta ibu bapa, apa kata kita usaha sendiri mengumpul harta. Itu adalah lebih baik.



"Pesan dekat adik-beradik...

Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri...beli rumah, beli tanah, beli aset...

Bagi ada harta dengan nama sendiri...

Jangan direbutnya tanah sekangkang kera di kampung tu nanti. Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka...

Tak guna...

Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yang lain ke, jangan fikir, jangan berharap. Jangan letak target yang kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak sawah...

Jangan...

Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nak marah, nak bergaduh dan nak menuntut...walhal ketika "harta" tu ada, bukan kita yang jaga, bukan kita yang usahakan, bukan kita yang berbakti...tup2 bila harta tu dh tiada pemiliknya, kita nak sangat-sangat "hak" kita...


Hak apa yang kita nak? Hak apa yang kita tuntut? Kita berhak ke?

Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita-cita kita...yang lebih utama ialah menjaga ibu bapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa-apa dari mereka...

Ini tak, kita buat mereka seperti bola... Sekejap pass sana, sekejap pass sini...

Kita sebagai anak yang perlu bagi "sesuatu" kepada orang tua kita dan bukannya menunggu dan berebut "sesuatu" hasil penat lelah mereka...

Kalaulah kita berebut menjaga orang tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan tapi banyak yang jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama "harta pusaka"...

Time sakit tak nak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.."

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,619 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen