Jom Ikuti 4 Tips Menjaga Ketrampilan Seperti Rasulullah SAW.

 

Islam sangat menitikberatkan ketrampilan dan kebersihan diri, sama ada secara zahir atau batin. Dengan itu umat Islam sangat dianjurkan untuk sentiasa membersihkan diri serta menjaga penampilan diri agar sejajar dengan ajaran Islam.

Rasulullah s.a.w juga telah menunjukkan contoh yang baik dalam menjadi Muslim yang bersih,suci dan berktrampilan terutamanya dalam penampilan diri dan cara berpakaian.

1. Berpakaian Putih.

Baginda Rasulullah s.a.w sangat gemar memakai pakaian yang berwarna putih. Warna putih adalah salah satu warna kesukaan Baginda yang juga menampakkan kebersihan dan kesucian. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih. Orang-orang yang masih hidup antara kalian hendaklah mengenakan pakaian berwarna putih. Dan orang-orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dikafankan dengan kain yang berwarna putih. Sesungguhnya, pakaian yang berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian yang paling baik.”

[Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad]

Namun begitu, Baginda tidak pula melarang umatnya memakai warna-warna lain selain daripada warna putih. Baginda juga gemar akan warna hijau bahkan dikatakan oleh para sahabat, baginda juga memakai pakaian berwarna merah dan beberapa warna lain.

2. Bersih Dan Kemas.

Rasulullah s.a.w sangat terkenal dengan seorang yang kemas dan segak dengan apa-apa pun pakaian yang dipakai oleh Baginda. Selain gemar membersihkan diri, Baginda juga sentiasa mengenakan pakaian yan bersih walaupun pakaian tersebut diperbuat daripada kualiti kain yang rendah dan murah.

Pakaian yang kelihatan cantik itu tidak semestinya dari harga yang mahal asalkan pemakainya seorang yang bersih dan sukakan kekemasan.

Firman Allah s.w.t:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.”

3. Sentiasa Wangi Dan Segar.

Rasulullah s.a.w juga amat menggemari minyak wangi, bahkan baginda juga menggalakan umatnya untuk memakai wangian atas beberapa sebab dan keadaan tertentu.

Para sabahat baginda sangat memuji akan wanginya Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya Baginda sendiri sudah wangi secara semulajadi atas kurniaan Allah s.w.t.

Anas R.A pernah meriwayatkan;

“Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi daripada bau Rasulullah s.a.w.”

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

4. Menjaga Tubuh Badan.

Rasulullah s.a.w sangat menjaga tubuh badan Baginda agar sentiasa keadaan sihat dan bertenaga. Hal ini bertepatan dengan ajaran Islam yang menuntut agar umatnya menjaga kesihatan diri dan mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihadapi.

Baginda juga sangat mementingkan keselesaan orang-orang yang berada di sekeliling Baginda dengan menjaga kesegaran diri baginda.

Sudah tentu orang di sekeliling kita selesa apabila badan kita berbau kerana tidak mandi, bahkan nafas yang berbau kerana tidak bersugi. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka bersugi setiap kali mereka hendak melakukan solat.”

[Riwayat Muslim]

Sesungguhnya menjaga ketrapilan diri juga sangat penting agar disenangi oleh manusia sekeliling dan disayangi oleh Allah s.w.t.

Dengan menampilkan diri agar selalu bersih dan kemas akan menjadikan kita hamba yang bersyukur dengan anugerah-anugerah yang ada pada tubuh badan, bahkan amalan ibadah kita juga lebih yakin dan khusyuk.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 346,755 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen