“Tak Sabar Nak Kahwin, Tapi Bajet Sikit Je…” Nak Kena Buat Apa?

 

Apabila usia sudah menginjak, memiliki pasangan dan kerjaya siapa sahaja yang tidak memikirkan tentang perkahwinan. Semuanya mahu dilakukan dengan secepat mungkin. Yelah, bak kata orang benda baik buat apa nak tangguh-tangguhkan, calon pun dah ada. Ibu bapa adalah orang pertama yang akan menjadi risau sekiranya anak-anak sudah memiliki pasangan, tapi tiada ikatan sah lagi.

Dengan kerjaya yang sederhana, bajet kahwin pun sedikit, mampukah untuk membuat majlis perkahwinan?

Mampu sekiranya hanya mengikut apa yang diturutkan di dalam Islam sahaja. Kalau nak buat sedikit majlis untuk makan-makan berbincang lah dahulu dengan ibu bapa. Pentingnya perbincangan dengan kedua ibu bapa adalah untuk menghormati mereka sebagai orang yang lebih berpengalaman, malah untuk mendapat restu.

Bincanglah untuk…

1. Hantaran biasa-biasa je.

Tak perlu untuk membalas dulang dengan tinggi dan sebagainya, malah tak perlu pun memberi hantaran dengan barangan berjenama sekiranya tiada bajet. Pentingkan keperluan selepas perkahwinan kerana kewangan selepas perkahwinan lagi penting sebenarnya. Memadai dengan mengambil gambar pengantin, itu kenangan yang paling terindah. Gambar dulang hantaran? Alah…tak penting pun.

2. Mas kahwin emas.

Tidak perlu hantaran, kerana mas kahwin yang lebih penting dan WAJIB. Jadi, utamakan mas kahwin dengan memberi emas, dimana nilainya akan meningkat dalam jangka masa yang panjang. Tak rugi. Sekurang-kurangnya, pengantin perempuan sudah ada harta sejak awal perkahwinan. Sekiranya berlaku kecemasan, ada pergantungan pada emas.

3. Tak perlu catering, tetapi memasak gotong-royong.

Seronok sekiranya mengamalkan konsep masak bergotong-royong ini. Terutamanya pada mereka yang menetap di kampung atau taman perumahan pasti ada KRT (Kawasan Rukun Tetangga). Oleh sebab itu pentingnya hidup berjiran, jika ada majlis perkahwinan sama-sama boleh membantu untuk menguruskan majlis tersebut.

4. Guna khidmat kawan sebagai wedding planner.

Pada masa kini, dah ramai anak muda yang bekerja sebagai wedding planner. Apabila melihat rakan-rakan membuat perniagaan ini semuanya sukar untuk memberi kerjasama kerana merasakan tidak sesuai dengan citarasa sendiri. Terlalu cerewet. Lantas ambil sahaja orang yang tidak dikenali dijadikan sebagai wedding planner, kemudia ditipu pula. Hati-hati!

5. Ambil pakej perkahwinan, jangan ambil ala carte.

Jika nak sangat ambil pakej perkahwinan, ambil pakej yang  merangkumi semua perkara yang anda inginkan seperti catering, pelamin, baju nikah, solekan, fotografer dengan harga yang berpatutan. Jangan ambil satu persatu dan semuanya dari syarikat lain, memang RUGI. Solekan sahaja dah beratus-ratus, kemudian nak beli baju nikah pula, tak nak tempah, memang lari bajet!

Tetapi standard pakej perkahwinan sekarang yang merangkumi semua aspek ini anda boleh dapatkan adalah bawah RM20,000. Masih dalam bajet ke?

6. Ada akaun khas untuk berkahwin.

Kenapa pentingnya buka akaun khas untuk simpan duit kahwin ni? Supaya nampak anda dengan pasangan mempunyai tanggung jawab sendiri ke atas majlis perkahwinan tersebut, malah tidak akan cuba usik duit tersebut untuk perbelanjaan yang lain. Mana tau tiba-tiba ada yang nak sponsor, jadi akaun ini untuk kewangan selepas berkahwin pula. Jadi, anda dah ada simpanan di situ.

Jadilah Pengantin Yang Bijak!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,925 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen