Tak Mahu Jadi Mangsa Stalker? Kenali Karakter Mereka Sebelum Menjadi Mangsa.

 

Cyber stalking is a sickness! Semakin hari kebergantungan manusia terhadap laman media sosial semakin hari semakin parah, lantas membuka ruang untuk orang luar untuk merapati kita tanpa disedari. Penggunaan laman media sosial yang semakin menjadi perkara normal juga membuatkan diri kita mudah diintip. Apakah yang perlu kamu lakukan jika berdepan dengan cyber stalker?



Kini satu masalah.

Apakah itu stalker? Secara definisinya, mereka merupakan individu yang mengganggu, menganiaya dan memerhatikan seseorang dengan obsesi melampau sama ada secara fizikal atau mental. Semakin lama, cyber stalking menjadi satu masalah yang berlaku setiap hari. Bagaimanakah korang boleh mengenal pasti seorang stalker?

Petanda seorang stalker.

Stalker terbahagi kepada dua jenis iaitu yang berkomunikasi secara terus dengan sasarannya atau melakukan intipan secara online atau fizikal tanpa diketahui mangsa. Kedua-dua jenis stalker ini boleh membawa bahaya kepada orang yang menjadi sasaran mereka. Dunia siber kini tidak membatas komunikasi antara kita dengan sesiapa sahaja. Petanda stalker adalah mereka obses untuk like atau komen di laman sosial, meminta maklumat peribadi seperti alamat dan tempat belajar serta sentiasa mengikuti perkembangan harian walaupun baru mengenali mereka.



Karakteristik mereka.

Salah satu petanda lain stalker adalah mereka hanya mempunyai rakan media sosial yang spesifik seperti remaja perempuan atau remaja lelaki. Kebanyakan orang mempunyai rakan media sosial yang lebih luas termasuklah ahli keluarga. Mereka juga tidak menggunakan foto sendiri untuk akaun media sosial. Selain itu, mereka juga boleh menjadi sangat peramah atau agresif dalam masa yang singkat. Kebiasaannya seorang stalker sangat inginkan perhatian daripada mangsanya. Walaupun mungkin karakter serta tingkah-laku mereka agak berbeza namun kecenderungan seorang stalker mempunyai satu sifat yang sama – obsesi yang melampau terhadap seseorang.

Langkah pertama.

Apakah yang perlu kamu lakukan bila mengetahui terdapat orang asing mengintip kamu secara online? Perkara pertama yang kamu boleh lakukan adalah mengubah setting profil kepada private. Jika dia sudah menjadi follower atau friend kamu, ambil langkah untuk block mereka. Selain itu, kamu juga perlu memaklumkan kepada rakan-rakan terdekat akan masalah ini supaya mereka juga sedar akan kewujudannya. Ingat, stalker juga boleh mengintip kamu menerusi rakan-rakan kamu. Jangan gunakan sebarang apps geo tagging atau elakkan daripada check-in bila menggunakan Facebook, Twitter atau Instagram. Ingat, merahsiakan maklumat tentang keberadaan kamu cukup penting untuk mengelak daripada mereka.

Jangan respons tapi lapor.

Sesiapa sahaja yang menjadi mangsa seorang stalker tidak harus melayan atau memberi respons kepada mereka. Sebaliknya, jika ia serius dan boleh mendatangkan ancaman pertama sekali kamu harus segera melaporkannya kepada komuniti online. Flagging dan report on abusive boleh dilaporkan agar penyelenggara laman sosial media dapat melakukan tindakan. Jika ia tidak berkesan dan semakin parah kamu boleh melaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan lanjut. Simpan segala ancaman atau bukti yang dilakukan mereka di Internet sebagai bukti.



Tip mengelak diri menjadi mangsa stalker :

1. Jadikan akaun atau profil kamu sebagai private.
2. Block sesiapa sahaja yang kamu rasakan milik seorang stalker.
3. Jangan memuat naik gambar yang bersaiz besar.
4. Elakkan tagging dalam apa jua foto di media sosial.
5. Gunakan username berbeza untuk setiap laman media sosial.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,195 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen