12 Tips Ini Bantu Melegakan Demam, Batuk Dan Selesema Dengan Segera.

 

Dengan sekejap panas dan sekejap hujan ini, pasti ada diantara kita ini akan mudah diserang selesema, demam dan juga batuk. Walaupun ia adalah penyakit biasa yang akan dialami oleh ramai orang tetapi tetap sahaja ia adalah satu yang sangat tidak selesa pada tubuh badan.

Bukan itu sahaja, apabila berdepan dengan penyakit ini pelbagai kerja akan tertangguh bahkan kita tidak mampu melakukan rutian harian kita dengan baik serta fokus.

Sedikit perkongsian dari Dr. Suri Roowi mengenai langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk melegakan kesan-kesan penyakit ini.



Memandangkan cuaca agak tidak menentu sekarang ini, di sini saya kongsikan tips alami untuk membantu masalah demam, batuk dan selsema.

Caranya adalah;

1. Minum air bawang putih. Bawang putih ada bahan Allicin, boleh membantu masalah demam, sakit tekak dan selsema.

Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit, agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat Alicin.

                   

Selepas itu barulah ditambah air suam.

Sebaiknya diambil bersama madu.

Dapatkan madu yang asli.

2. Halia adalah herba popular untuk bantu rawat batuk.

Caranya adalah dengan hancurkan halia dan direbus. Jus lemon dan madu boleh ditambah. Pastikan madu asli
Cara lain adalah dengan kemam halia yang telah dibuang kulit untuk bantu kurangkan batuk.

3. Nenas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.

                    

4. Minum madu asli - Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.

5. Minum yoghurt atau madu kelulut - Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.

6. Terdapat juga kajian menunjukkan kombinasi madu dan kopi boleh bantu kurangkan batuk

                   

Banyakkan berdoa memohon kesembuhan. Allah berfirman dalam Al Quran;

"Dan apabila kamu sakit maka Dia (Allah) yang menyembuhkan" Surah Ashshu'ara' ayat 80.


7. Limau nipis dan lemon membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau tinggi bahan berkhasiat neohesperidin berbanding jus. Caranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.

8. Bawang merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.

9. Bahan meruap mint (Mentha piperita) juga boleh bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan meminum teh mint, tetapi sebelum itu perlu hidu wap nya kerana bahan aroma boleh bertindak sebagai antibakteria/antivirus.

10. Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu dan diminum.

11. Kumur-kumur dengan air garam – disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam.

12. Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis.

                       

Selamat melegakan selsema, batuk dan demam anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,586 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen