Kaki Ayam Ini Kaya Dengan Kolagen Tapi Terdapat 5 Manfaat Lain Yang Wajib Anda Tahu.

 

Sup kaki ayam, kaki ayam goreng pasti akan meningkatkan selera sesiapa sahaja. Ada yang menyatakan bahawa jika memakan kaki ayam ini akan membuatkan seseorang ini rajin berkerja dan ringan tulang. Itu pendapat orang dulu-dulu. Tapi kini, masakan kaki ayam ini menjadi kegemaran kerana bahan ini dipercayai kaya dengan kolagen.

Jika dahulu kaki ayam tidak tersenarai dalam senarai hidangan makanan, malah dibuang begitu sahaja. Namun berbeza sejak kebelakangan ini apabila ia sudah menjadi sebahagian daripada masakan terutama di Asia, China, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, dan Thailand adalah beberapa negara yang mempunyai cara sendiri untuk menyediakannya.



Tapi betul ke kaki ayam ini kaya dengan kolagen?

Penyelidikan Department of Animal Science of National Chung-Hsing University in Taiwan juga menemui kaki ayam kaya dengan kolagen, yang mana mendorong kulit untuk kelihatan muda. Sumber biasa untuk kolagen adalah dari lembu, babi dan ikan laut. Tetapi kos pengeluaran dari sumber-sumber ini sangat mahal.

Kaki ayam bukan sahaja kaya dengan kolagen tetapi juga sumber asid hialuronik, dan kondroitin sulfat. Asid hialuronik boleh menghalang kesan penuaan, dan kondroitin sulfat adalah baik untuk osteoartritis. Jadi ia baik untuk orang yang mengalami masalah sendi.

Menurut Majalah Sains pula, kaki ayam sememangnya mengandungi kolagen lebih daripada 20% kolagen. Kebanyakkan kolagen ini akan terhidrolisis membentuk gelatin jika mencapai suhu 60-65 degree Celsius. Memandangkan suhu memasak kaki ayam yang pastinya mencapai tahap air mendidih (lebih dari 100 degree Celsius disebabkan sifat colligative) maka sudah tentulah kolagen telah bertukar kepada gelatin.

                     

Jadi, adakah gelatin daripada kaki ayam baik?

Ya, walaupun gelatin dikategorikan sebagai protein kualiti rendah kerana kandungan amino asid utamanya telah termusnah (denatured), namun kajian saintifik telah membuktikan bahawa pengambilan gelatin mampu menumbuhkan rambut dan kuku, merawat penyakit sendi termasuk osteoarthritis.

                      

Manfaat memakan kaki ayam.

Menurut National Library of Medicine, kolagen adalah protein yang paling banyak di dalam tubuh, yang menyumbang hampir satu perempat daripada jumlah jisim protein. Ia memberikan kekuatan kepada tulang, ligamen, tendon, dan sokongan bagi penyembukan luka kulit.

1. Manfaat kulit.

Kolagen membantu membentuk elastin dan sebatian lain dalam kulit yang bertanggungjawab untuk mengekalkan keremajaan, tekstur dan penampilan kulit. Pemakanan adalah kunci utama apabila melibatkan kesihatan dan penampilan kulit. Semakin banyak kolagen yang ada di dalam badan anda, semakin kecil kemungkinan anda mempunyai tanda-tanda penuaan yang paling jelas seperti kedutan. Ini bermakna kolagen ayam boleh dimasukkan dalam pelan penjagaan kulit semulajadi anda.

2. Melegakan artritis.

Simptom sendi artritis yang umum termasuk bengkak, sakit, kekakuan dan pelbagai pergerakan menurun. Dua daripada jenis artritis yang paling biasa dan terkenal adalah osteoartritis dan artritis reumatoid. Kolagen sebenarnya boleh membantu menghentikan penyakit autoimun seperti artritis reumatoid atau membantu memperbaik simptom artritis reumatoid. Kolagen ayam mengandungi kondroitin sulfat dan glucosamine sulfat yang mana kedua-duanya sangat baik untuk menyokong sendi dan mengekalkan tahap pH yang sihat.

3. Meningkatkan sistem imun.

Penyelidikan terus membuktikan bahawa kolagen dapat membantu membuka lubang dalam lapisan usus dan menyokong integriti usus. Ini secara langsung berfungsi untuk meningkatkan sistem imun dan merupakan salah satu sebab mengapa sup ayam benar-benar boleh membuat anda berasa lebih baik apabila anda sedang melawan penyakit sementara atau masalah kesihatan yang berkaitan dengan imun.

4. Meningkatkan kesihatan pencernaan.

Kolagen ayam membantu menyokong lapisan mukosa yang sihat di dalam usus. Kajian mendapati bahawa individu yang mempunyai ketidakseimbangan pencernaan, kepekatan serum kolagen berkurangan. Ini kerana asid amino dalam kolagen membina tisu yang melekat pada kolon dan seluruh saluran usus, dengan kolagen ia dapat menyokong fungsi pencernaan yang sihat. Dengan mengekalkan lapisan mukosa usus yang sihat, anda boleh mengelakkan sindrom usus yang bocor, yang sering menjadi penyebab utama alahan makanan, kurang bertenaga, sakit sendi, penyakit tiroid, simptom penyakit autoimun dan metabolisme yang perlahan.

5. Meningkatkan prestasi atlet.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Department of Nutrition and Sports Nutrition untuk atlet di Penn State University mendapati bahawa apabila atlet ditambah dengan kolagen sepanjang 24 minggu, majoriti menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam keselesaan sendi dan penurunan faktor yang memberi kesan buruk kepada prestasi sukan. Jadi, tidak menghairankan bahawa kolagen membantu artritis serta isu berkaitan dengan sukan kerana ia secara semula jadi mengandungi kondroitin dan asid hialuronik.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,463 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen