Mempunyai Masalah Kulit? Mari Cuba Produk Ini Yang Sememangnya Selamat Dan Harganya Begitu Berbaloi.

 

Dalam mencari jodoh, rupa paras juga memainkan peranan yang penting untuk mendekati seseorang. Ini kerana, penampilan adalah perkara yang mudah dilihat oleh seseorang. Oleh itu setiap orang baik lelaki dan wanita perlu menjaga penampilan diri mereka.

Ramai yang takut untuk berhabis duit membeli produk kecantikan kulit wajah yang sememangnya agak mahal dan kadang kala kurang memberikan kesan pada wajah anda. Jangan risau, produk-produk kecantikan ini biasanya bertahan 3 hingga 5 bulan. Tapi jika anda tidak mampu untuk miliki yang mahal tidak mengapa, ini kerana terdapat juga produk yang harganya murah tapi masih kekalkan kualiti yang baik untuk kulit anda.

Berdasarkan saudari Ukhti'es Aina ini terdapat beberapa produk yang baik dan berkualiti tetapi tidak memakan belanja yang banyak. Bermula dari pencuci muka hinggalah ke pelindung cahaya mata hari, semuanya sangat berbaloi untuk anda miliki.



Assalamualaikum semua. Malam ni saya nak share sikit tentang basic skincare routine. InsyaAllah hampa leh la amalkan untuk menjaga kecantikan kulit wajah hampa bagi wanita juga lelaki. Saya dah sakan edit semua gambar, serta sedikit info penjagaan kulit wajah dan pilihan antara produk yang paling terbaik yang hampa boleh pilih di drugstore berdekatan hampa.

5 basic skincare routine :
1. Cleanser ( siapa yang pakai makeup kena remove dulu dgn makeup remover nah sebelum cuci muka )
2. Scrub
3. Toner
4. Mosturizer
5. Sunscreen

5 benda ja weh, hampa wajib kena ada. Antara semua produk dalam gambar yang saya edit ni hampa leh pilih bergantung kesesuaian jenis kulit muka hampa okey. Hampa boleh share dan amalkan, semoga membantu hampa yang masih tercari cari produk yang sesuai dan terbaik dengan hampa. Kenapa saya pilih produk drugstore? Sebab di jamin tiada bahan kimia, selamat dan murah. Setiap info lengkap ada di setiap gambar. InsyaAllah, semoga bermanfaat.

Step 1 : Cleanser

                         

Ini di antara produk yang helok hampa leh amalkan setiap hari, pilihlah satu yang paling sesuai dengan kulit muka hampa okey,

Tolong elakkan cleanser yang ada :
- sodium lauryl sulfate ( mengeringkan kulit muka )
- alcohol ( mengeringkan kulit muka )
- fragrance ( kulit sensitif akan lebih bermasalah )

Cuci muka paling bagus lepas buat aktiviti kat luar, lepas masak, terdedah dengan habuk dan sebelum tidur. Tidak di galakkan cuci muka waktu pagi sebab setiap pagi muka hampa masih fresh dan lembab. Elok kekalkan kelembapan tu dengan cuci dengan air biasa shj. Lagi satu setiap kali cuci muka kurangkan kuantiti cleanser tu, okey. Jangan letak selambak lepas tu buat cuci muka, jangan naaa. Picit kebesar hujung jari kelingking sahaja. Yang pakai makeup, jangan lupa remove dulu makeup dgn makeup remove apa apa brand yg free alcohol free fragrance lg helok produk tu berasaskan water base baru la cuci muka bagi bersih lap pakai tuala yang bersih atau tisu paper.

Step 2 : Scrub

                         

Kenapa perlu scrub? Kerana kulit kita selepas 26hari akan tertanggal sel kulit mati dan salin kulit baru. Kulit mati itulah yang akan menyumbatkan pori pori muka kita ia mengakibatkan muka naik jerawat, ada blackhead dan whitehead di muka. Jadi apabila kita scrub inilah yang membantu untuk tanggalkan sel kulit mati dari muka kita. Buatlah dalam 1-3x seminggu. Elakkan pakai scrub yang butirnya kasar kerana akan melukakan kulit muka kita dan muka akan cepat rosak. Pilih scrub yang halus sahaja dan dalam proses scrub pada muka tu buatlah secara pelahan lahan sahaja kerana kulit muka kita sangat lembut. Ini antara produk scrub yang bagus yang hampa leh try okey.

Step 3 : Toner

                       

Toner membantu seimbangkan ph muka kita, kerana cleanser bersifatkan alkali selepas kita cuci muka Ph muka kita akan naik sedikit dari Ph asal dan membuatkan muka kita menjadi kering. Oleh itu dengan memakai toner ini akan membantu seimbangkan semula suhu Ph di muka kita. Toner dapat mengembalikan kelembapan pada muka kita.

Selain itu toner juga dapat membersihkan muka kita dari kotoran muka kita yang tadi kita cuci dgn cleanser yang masih berbaki. Toner juga ada pelbagai fungsi, memutihkan, anti penuan dan pelbagai lagi. Jadi hampa kena elakkan guna toner yang ada alkohol sebab muka akan jadi kering, cepat bermasalah dan cepat berkedut. Jadi ini di antara toner yang helok yang boleh hampa pilih sebagai skin routine hampa, so pilih yang sesuai dengan kulit muka hampa okey.

Step 4 : Mosturiser

                     

Yang ni part paling penting bagi kekalkan kelembapan kulit muka hampa. Tapi mosturizer juga boleh buat muka hampa jadi tak selesa jadi, seeloknya hampa pilihlah yang sesuai dengan kulit muka hampa. Kulit muka yang berminyak sesuai pakai mosturiser yang berbentukkan gel kerana gel berasaskan air dia tidak akan membuatkan muka kita bertambah berminyak dan akan mengekalkan kelembapan pada kulit kita. Pada yang berkulit kering pula sesuai memakai mosturiser berbentuk cream kerana dapat melembabkan lagi kulit yang kering hampa. Macam produk2 lain juga elak dari produk yang ada alcohol dan fragrance bagi mengelakkan muka hampa lebih bermasalah. Di gambar ni antara produk yang selamat untuk hampa amalkan setiap hari dan saya dah siap kelaskan produk tu sesuai untuk kulit berminyak atau kulit kering. So bergantung pada kulit hampa, okey. Mosturizer ni jangan tinggal sebelum tidur tau, sebab waktu tidur la mosturizer ini akan bekerja dan merawat kulit muka kita.

Step 5 : Sunscreen

                       

Part last sekali sunblock atau sunscreen. Ini part paling penting untuk hampa follow tau sebab kita ni banyak terdedah dengan cahaya matahari. Jadi hampa pilihlah sunscreen atau sunblock yang ada SPF50 dan PA++ yang dapat melindungi kita dari sinar uvb dan uva. Sinar uvb menyebabkan kulit muka kita terbakar dan gelap tu. Dan sinar uva pula membuatkan kulit muka kita cepat berkedut dan terdedah dengan cancer kulit. Jadi kalau nak pilih sunblock atau sunscreen kalau ada spf50 sahaja tapi tiada PA jangan beli okey. Kena ada spf50 dan Pa++ dah cukup perfect untuk hampa lindungi kulit hampa di luar rumah atau pun berada dalam kawasan tertutup. Pakai banyak mana? Sebanyak 2 jari telunjuk dan jari hantu hampa bila di satukan dan kene reapply semula selepas 5jam kerana sunscreen ni akan hilang. Okey, itu sahaja hampa. Selamat mengamalkan penjagaan kulit yang sihat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,225 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen