Jom Tukar Trend Untuk Menyimpan Emas Kerana 7 Manfaat Ini.

 

Menyimpan dan melabur dengan emas banyak memberi manfaat pada individu. Jika mempunyai matlamat dan perancangan dalam jangka masa yang panjang, pasti tidak akan mensia-siakan masa dengan hanya menyimpan wang ringgit semata-mata. Emas juga adalah dana kecemasan yang sangat berbaloi dengan kehidupan kita.

Selain wang ringgit, jadikan juga emas sebagai simpanan kita pada masa hadapan…

Tukar trend daripada mas kahwin wang ringgit dengan emas…

Tukar trend daripada menggunakan barang keperluan sebagai hantaran kepada emas…

Tukar trend memberi reward pada diri sendiri dengan starbuck setiap minggu pada emas….

Tukar trend memberi hadiah ulang tahun perkahwinan dengan melancong pada emas….

Kerana…

1. Emas ialah kekayaan yang sebenar dimana fizikalnya yang tidak mudah dibinasakan, tahan lasak, warna yang tidak mudah pudar. Jika kita lihat pada kebendaan lain yang mudah binasa dan tidak boleh dijadikan sebagai kekayaan yang sebenar.

2. Emas mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya. Nilai emas tetap tinggi walaupun terbakar, penyek, calar atau bengkok.

3. Emas sentiasa bernilai dimana ia penting sebagai persediaan ekonomi yang tidak menentu kerana emas kalis inflasi, kegagalan wang kertas dan bekalan sewaktu kecemasan atau bencana alam.

4. Emas mempunyai nilai yang sentiasa meningkat dalam jangka masa yang panjang. Jika kita membeli emas sebenarnya TIDAK RUGI dan boleh disimpan. Hanya gadai ketika kita benar-benar dalam kesusahan, akan membuat kita berasa bersyukur ketika itu kerana memiliki emas.

5. Emas mempunyai nilai yang tidak sama dengan wang ringgit dimana, nilai wang ringgit akan semakin jatuh dalam jangka masa yang panjang.

Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.

6. Emas adalah asset yang terunggul dan diterima di seluruh dunia. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di negara kita sendiri, tapi dimana-mana sahaja jika dibandingkan dengan wang ringgit.

7. Emas tidak boleh dimanipulasikan berbanding dengan wang ringgit dimana wang ringgit mudah dicetak.

Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.

Jadi, apa alasan kita lagi untuk tidak menyimpan emas. Jangan disebabkan nafsu dan berjiwa muda lebih gemar membeli barangan berjenama namun tiada nilai. Ia adalah satu pelaburan yang silap, selagi tiada kesedaran, kita memang akan sentiasa mengalami kebocoran wang dan kewangan yang negatif.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,557 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen