“Orang Yang Hidupnya Berkat, Bila Bertakwa Pada Allah Dan Buat Baik Pada Ahli Keluarga” –Ustaz Ebit Lew-

 

Sering sahaja kita mengeluh dikala hidup terdapat banyak ujian dan dugaan yang perlu ditempuhi. Semuanya terpulang pada diri kita sendiri bagaimana untuk bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang diberi.

Ada juga yang mempersoalkan apa kaitan rezeki dengan segala makhluk yang tercipta di atas muka dunia ini? Kebarangkalian hanya memikirkan rezeki dalam bentuk wang ringgit sahaja, semua rezeki di dunia atas muka bumi ini adalah milik Allah SWT, dan kita perlu berusaha untuk mencarinya seperti perkongsian dari Ustaz Ebit Lew….

********

Terkejut tiba-tiba orang cakap pada saya "Ustaz ni penipu. Mana ada buat baik atau jujur pada isteri sebab Allah beri rezeki. Ustaz ni saja nak ambil hati wanita supaya lebih ramai pengikut wanita taksub pada ustaz. Mana ada kena mengena rezeki dengan isteri"

Terkejut saya dengar orang masjid cakap macam tu.tak pernah terfikir langsung macam tu.Allahuakbar...saya dengar orang cakap macam-macam. Saya tak kisah sebab dari 12 tahun belajar dakwah ni dah macam-macam saya dengar.

Terus jer belajar dakwah ni kerana Allah. Hanya Allah yang sebaik-baik penilai. Saya sayang semua kerana Allah. Lalui hidup dengan rasa cinta dan takut pada Allah dan Allah beri jawapannya dalam kehidupan. Lihatlah dengan mata hati.

Allahu sampai hati abang cakap macam tu..

Allah jadikan lelaki dan wanita ini. Kita kena rasa kasih sayang pada semua. Saya bila sebut wanita saya ingat mak saya. Saya ingat bidadari saya. Saya ingat bagaimana Nabi saw layan ummul mukminin. Bila sebut lelaki saya ingat ayah saya betapa beliau sayang pada mak saya dan hargai mak saya. Pengorbanan dan kesusahannya..

Janji Allah dalam perintahnya....

ALLAH yang beri rezeki....

Tiada berkuasa melainkan ALLAH....

Janji Allah itu rezeki didunia dan janji syurga....

Rezeki itu disayangi keluarga, dihormati oleh isteri dan anak-anak, perniagaan jadi berkat, kesihatan yang baik dan disayangi walau hari tua nanti....

Ayat Al-Quran siapa syukur Allah tambahi nikmat. Siapa kufur azab yang pedih. Apa tanda syukur kita hargai sesuatu itu. Apa tanda kita hargai kita beri yang terbaik. Jujur itu dalam Islam. Dengan binatang pun jangan aniaya atau tipu.

Terlebih berat pun Nabi saw tegur. Terlalu tergesa pun Nabi saw tegur. Buat baik pada anjing masuk syurga. Inikan isteri yang bermati matian untuk kita. Kita tipu dia. Sakiti dia. Pasti rezeki kita akan hilang. Sebab kita tak syukur dan tak tahu diuntung. Isteri macam nak mati dekat rumah tinggal segalanya ini balasan kita. Tengok mak kita. Suka ke kita jika ada orang sakiti dia. Tipu dia. Begitulah ibu kita dan ibu anak kita. Isteri yang setia pada kita.

Dalam hadis siapa mula memberi waktu pagi malaikat doa rezekinya melimpah ruah....

Jika kedekut rezekinya sempit....

Sedekah yang wajib pada isteri. Dipanggil nafkah....

Orang kedekut dengan isteri boleh kaya raya ke. Boleh berkat ke rezekinya?...

Dalam hadis yang terbaik dikalangan kamu yang paling baik pada isterinya. Nabi saw orang paling baik pada isteri..buat baik pada isteri amal yang sangat besar dan pasti ganjarannya besar..

Ramai orang kasar pada isterinya.

Dia dibenci oleh anaknya sendiri.

Anaknya semua bawa diri.

Jauh hati darinya.

Mana-mana orang pun tengoknya jadi benci sebab aniaya wanita..

Saya dah jumpa ramai orang hidupnya berkat sebab dia hamba Allah takwa dan buat baik pada ahli keluarganya.

Jaga mak ayah. Mak ayah mertua.

Jaga isteri anak anak.

Jaga adik beradik..

Ada seorang kerja mesin rumput tapi kerjanya berkat asbab disayangi isteri dan anaknya semua berkat dan jadi asbab hidayah ramai manusia. Begitu juga ramai pemimpin dan peniaga berjaya asbab sedar asal usul dirinya dan tak sombong sebagai hamba Allah dan hargai keluarga

-ebitlew

Image may contain: 2 people

********

Semoga Bermanfaat! 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,369 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen