Para Suami Kena Ingat Ini, Kunci Kebahagiaan Terletak Pada Isteri Anda - Kongsi Lelaki Ini.

 

Sedang anda sibuk mencari kebahagiaan dalam rumah tangga ini, cuba lihat isteri anda yang setia di sisi itu. Itulah sebenarnya kunci sebuah kebahagiaan rumah tangga yang anda selalu terlepas pandang. Mungkin ada yang menyatakan bahawa rumah yang besar, kewangan yang stabil serta anak-anak yang mudah diurus itu adalah kebahagiaan tapi ia semua bermula dengan isteri anda dahulu.

Apabila ia bermula dengan isteri anda, akan lebih banyak pulangan yang bakal anda dapat. Bahkan ia juga seperti tidak disangka-sangka. Mungkin perkongsian daripada saudara Akhtar Syamir ini akan memberi idea untuk diri anda dalam mencari kebahagiaan keluarga yang bahagia.

"Kunci kebahagiaan rumahtangga terletak di tangan isteri. Perlu ingat ini sampai bila - bila."

"Saya perasan, lebih banyak saya beri pada isteri, lebih murah rezeki kami sekeluarga.

Situasi di rumah kami amat - amat berbeza sekarang. Ada aura positif, harmoni dan ketenangan di rumah.

Anak - anak nampak semakin ceria, rumah kami telah bertukar wajah, isteri saya semakin manja dan saya dilayan sebaik mungkin. Masa di rumah terasa amat berkualiti. Benda biasa seperti duduk berlima di sofa menjadi saat yang indah, dengan karenah anak - anak dan isteri yang kalau boleh nak melekat pada badan saya.

Baru - baru ini saya diajak isteri ke Precint 16 Putrajaya, ada event Bazooka Bazaar di sana dan IMhomestylist ada buka gerai. Isteri yang sememangnya minat berdeko suka sangat dengan barangan yang syarikat ini tawarkan. Lama dah dia pujuk untuk pergi.

                       

Sesampainya di sana, saya terus ambil baby dan bawa Jasmine dan Akbar ke satu tempat supaya mamanya boleh bebas membelek tanpa gangguan.

Berpeluh jugak la mengawal karenah diorang berdua ni sambil mengendong baby. Akbar dengan tak duduk diamnya, nak jalan ke sana - sini yang akhirnya jumpa tangga dan naik turunlah dia berkali - kali di situ asalkan masih dalam pemerhatian saya. Alhamdulillah kakak Jasmine semakin mudah dijaga, cuma perlu melayan soalan - soalan yang sentiasa budak umur 8 tahun tanya. Kenapa itu dan kenapa ini. Yang penting kita layan dan berikan jawapan. Itu je caranya.

Antara syarat utama apabila cuba memberi kebahagiaan kepada isteri ialah jangan kekang masa dia. Sangat - sangat rugi kalau kita tolong jagakan anak, bagi dia kebebasan, tetapi kita sibuk tanya "dah siap ke?" atau "cepatlah sikit, budak - budak dah meragam". Niat kita dah betul awal - awal tadi, tapi kita sendiri sabotaj keberkesanan dia. Hasilnya nanti, isteri akan rasa tertekan dan semua tidak akan capai apa yang kita harapkan.



                        

Kunci kebahagiaan itu terletak di tangan isteri, tetapi janganlah kita genggam tangan mereka. Biarkan mereka bebas menggunakan kunci itu untuk membuka peti kebahagiaan keluarga kita.

Banyakkan memberi kepada isteri. Percayalah yang ianya amat berbaloi.

Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat dan idea buat suami. Carik dan tanya apa yang isteri suka dan beri sokongan. Saat anda bermula buat sebegini, anda akan terus perasan perbezaannya. Cubalah."

Jangan kedekut untuk berkongsi penulisan ini. Lebih ramai yang baca, lebih banyak keluarga bahagia akan terhasil.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen