“Allah Beri Kita Dugaan Kecil Supaya Terselamat Dari Dugaan Lebih Besar…” Ustaz Ebit Lew.

 

Dalam meniti rutin harian, pasti kita tidak akan sedar jika terlepas dengan dugaan yang Allah SWT berikan. Siapalah kita untuk menidakkan takdir Allah dengan segala ujian dan dugaan yang perlu dirintangi.

Malah, di setiap ujian dan dugaan yang kita lalui pasti ada hikmah yang tersembunyi. Oleh kerana itu, kita perlu sentiasa bersangka baik dengan segala ketentuan takdir Allah termasuklah berkenaan dengan hal rezeki, jodoh dan lain-lain. Di samping, kita juga perlulah yakin bahawa apa yang diberikan oleh Allah SWT pasti lebih baik dari sebelumnya seperti perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini…

********

Tadi dah nak terlelap dalam flight kl ke jakarta. Sebelum berlepas dengar pengumuman flight ada kerosakan teknikal so kena turun semula nanti diumumkan kemudian waktu terbang. Aircond terasa panas.

Terus tersenyum kerana saya tahu pasti ada rahmat disebalik semuanya. Allah beri kita dugaan kecil supaya terselamat dari dugaan lebih besar. Ada rahmat disebalik semuanya..

Dulu pernah kereta saya dilanggar dari belakang dan masa tu hilang kerja. Oh rupanya Allah nak bagi rezeki lain yang lebih dari sebelumnya..

Teringat kisah seorang wanita sedih anak kecilnya meninggal. Sabda Nabi saw anak kamu sedang bermain dalam syurga. Ibu tadi terus senyum dan yakin..Nabi saw tanya nak ke saya tunjukkan. Jawab wanita tadi tak perlu ya Rasulullah saw. Sabdaan mu sudah cukup buatku..

Siapa sangka hilang kerja rupanya Allah nak beri jadi peniaga berjaya atau rezeki lebih baik..

Ditolak belajar tempat kita inginkan lalu kita dapat belajar ilmu yang tiada di universiti..

Putus tunang berkali-kali supaya bertemu jodoh yang boleh pimpin masuk syurga..ooo dulu tak lalu disini kerana jodoh tercinta disini. Allahuakbar..

Dihina masa kecil rupanya menjadi jiwa yang kuat lalu bila besar menjadi manusia yang dibanggakan dunia dan dilangit..

Tidak diberi anak agar satu hari benar menghargai anak dan diberi anak soleh solehah..

Senyumlah walau sukar. Menangislah saat terlalu berat dan mengadu pada Allah yang MahaPenyayang. Teruskanlah langkah dalam syukur dan sabar. Kadang indah kadang tidak tetapi janji Allah bila syukur dan sabar akhirnya dan selamnya indah. Pohon doakan perjalanan dakwah di jakarta menjadi asbab kebaikan dan hidayah.-ebitlew

Image may contain: 1 person, sitting

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,809 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen