"Berkahwin Pada Usia Yang Muda Bukan Penghalang Untuk Bahagia, Asalkan Tahu Tanggung Jawab" - Hisyam Hamid.

 

Berkahwin pada usia yang muda bukan satu isu yang baru lagi. Ramai anak-anak muda sekarang juga telah mengambil langkah untuk mempercepatkan niat mendirikan rumah tangga. Walaupun ada yang melihat keburukan disebaliknya tapi terdapat ramai yang menyokong perkahwinan di usia yang muda.

Umur bukanlah pengukur akan kebahagiaan sesebuah rumah tangga tetapi suami dan isteri yang perlu tahu peranan penting mereka ini. Bagi pelakon Hisyam Hamid, berkahwin pada usia yang cukup muda iaitu 21 tahun bukan perkara negatif, malahan ia boleh mengecap bahagia sekiranya pasangan itu tahu maksud hidup berumah tangga dan tanggung jawab masing-masing.

                     

Beliau yang telah melayari kehidupan suami isteri selama 12 tahun bersama Rosmawati Hanafi, 38, mengakui bahawa agak sukar pada awalnya kerana ia bukanlah satu perkara yang mudah malah mereka juga masih kurang berpengalaman dan masih muda.



Bagi dirinya, ia adalah proses pembelajaran dan memperbaiki diri malah ia juga meletakkan komunikasi serta memahami pasangan adalah peranan sebagai kunci sebuah kebahagiaan rumah tangga.

"Perkahwinan itu bukan sekadar rasa cinta antara pasangan, tetapi ia juga tanggungjawab dan amanah.”

Dirinya juga tidak menafikan ketika usia perkahwinan masih awal terdapat turun naiknya kerana umurnya yang muda tetapi dirinya sentiasa yakin bahawa komunikasi di antara pasangan itu amat penting. 

Mendirikan rumah tangga pada usia muda barangkali antara keputusan terbaik pernah saya lakukan kerana ia mengubah saya menjadi insan lebih baik," katanya.


Toleransi dan komunikasi kunci kebahagiaan Hisyam dan Rosmawati.

Jelas Hisyam, dugaan serta cabaran dalam hidup berumah tangga adalah perkara biasa namun setiap pasangan itu perlu bijak menangani sesuatu masalah.

Ini termasuk membuang sifat ego dan lebih bertoleransi dengan pasangan agar sesuatu situasi itu dapat diselesaikan dengan berhemah.

                      



"Macam saya, masa muda sikap panas baran itu memang ada tetapi saya selalu ingatkan diri agar buang jauh-jauh sifat ego dan lebih banyak beralah.

"Bayangkan kalau dua-dua sifatnya 'api' - memang akan musnah! Sebagai ketua keluarga kita sendiri perlu bijak menangani masalah dan bukannya menambah bara!," jelasnya.

Selepas setahun berkahwin, dirinya dan isteri dikurniakan seorang puteri sulung Nurish Syameliah, yang mana kelahiran anaknya itu menjadi pembuka mata dan penggerak kepadanya untuk lebih matang sebagai lelaki.

                      

"Memiliki anak pada usia muda harus saya akui ia tanggungjawab sangat besar kerana banyak perkara yang perlu saya pelajari dan pada masa sama memastikan keperluan keluarga terjaga.

"Kehadiran anak-anak ketika usia di awal 20an juga menjadi penggerak untuk saya bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki kerana ingin memberi kehidupan lebih baik buat mereka.”

"Pengalaman ini membuatkan saya banyak belajar pelbagai perkara, selain mematangkan diri sebagai seorang lelaki, suami dan bapa,"
jelasnya yang turut mempunyai seorang anak lelaki, Haydeen yang kini berusia sembilan 10 tahun.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,353 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen