Jom Semai Rasa Cinta Dalam Keluarga Seperti Tokoh Islam, Hasan al-Banna.

 

Pada masa kini, kita lebih melihat pada mereka yang masih bernyawa untuk dijadikan inspirasi atau idola sehingga terlupa pada kisah-kisah pada zaman Nabi SAW dan juga tokoh-tokoh Islam yang kebarangkalian tidak pernah dengar namanya.

Antara tokoh Islam yang kita boleh contohi dalam mendirikan rumah tangga adalah Imam Hasan al-Banna rahimullah.

Beliau merupakan salah seorang tokoh penggerak Islam yang begitu dikenali seantero dunia, kerana usaha dan perjuangannya menegakkan Islam di bumi Mesir suatu ketika dahulu.

Selain dijadikan rujukan sebagai tokoh umat Islam, Imam Hasan al-Banna turut menjadi contoh teladan dalam mendirikan rumahtangga Muslim. Ini kerana umum mengetahui beliau berjaya ‘menghasilkan’ sebuah keluarga yang cukup didambakan oleh segenap masyarakat Muslim. Hal ini sudah pasti dicontohi melalui perilaku Baginda Rasulullah SAW.

Antara perkara menarik yang hendak untuk dikongsi bersama pembaca antaranya;

1. Sikap Beliau Bersama Isterinya Yang Cukup Menyenangkan.

Tsana, puteri Hasan al-Banna berkata;

“Pernah suatu hari, ayah pulang lewat dan ibu sedang tidur. Ketika itu, ayah langsung tidak mengejutkan ibu. Bahkan, ayah menyiapkan sendiri makanan dan segala keperluan makanan untuk para ikhwan yang datang. Ayah masuk ke dapur dan menyediakan makan malam sendiri. Ayah tahu kedudukan bahan perasa masakan dan peralatan di dapur. Ayah juga menyediakan roti dan menyusun meja makan untuk mereka makan bersama.”

Tetapi zaman sekarang...

“Jah, oh jah. Bangun! Bangun. Kawan-kawan saya datang ni. Siapkan air cepat.” Mungkin beginilah senario hari ini jika si suami balik ke rumah bersama rakan-rakan dan si isteri pula sedang tidur. 

2. Tidak Menganggu ketenteraman orang lain.

Di ceritakan oleh Saiful Islam, putera Hasan al-Banna;

“Jika pulang lewat malam, ayah tak pernah mengganggu sesiapa pun. Padahal kunci rumah kami cukup panjang sehinggakan apabila dibuka, pasti akan menghasilkan bunyi. Suatu malam, saya belajar hingga lewat malam.

Betapa terkejutnya saya ketika mendapati ayah sudah berada di rumah, padahal saya tidak mendengar bunyi pintu dibuka. Ternyata, ayah membuka pintu dengan cukup berhati-hati, bahkan dengan perlahan yang boleh. Ayah mempunyai perasaan yang sangat halus, bahkan mungkin boleh dikatakan sangat lembut.”

Masyallah, sungguh akhlaknya cukup mengkagumkan. Lihat, sampai begitu sekali beliau menjaga adab dan akhlaknya, semata-mata tidak mahu mengganggu ahli keluarga dalam rumahnya apabila pulang ke lewat.

Jika dibandingkan dengan pada masa kini, memang amat jauh beza sekali perilaku orang dahulu dengan zaman sekarang. Jika anak lelaki dididik dari kecil untuk menjadi pemimpin keluarga yang hebat berlandaskan kisah-kisah Nabi SAW dan tokoh-tokoh Islam, tidak mustahil mereka mudah turuti segala didikan ibu bapa nya.

Bukan sahaja sukar untuk berbaik dengan isteri, malah ada sahaja segelintir suami yang membebankan ibu bapa, adik-beradik, serta saudara mara. Mari sama-sama teladani dari tokoh Islam dan hidup berlandaskan syariat.

“Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.” [Imam Hasan al-Banna]

“Ayah – semoga Allah merahmatinya – sangat lembut perasaannya. Dia sangat memelihara perasaan anak-anak dengan begitu berhati-hati. Dia mempunyai kemampuan yang membuatkan kami patuh tanpa perlu diperintah untuk mentaatinya. Kami menganggapnya sebagai seorang yang berwibawa yang menyebabkan kami senang mengikuti keinginannya dan tidak mahu melawannya.”

[Saiful Islam, putera Hasan al-Banna]

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,511 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen