Pentingnya Biarkan Anak Makan Sendiri, Jangan Risau Akan Comot Dan Kotoran Yang Dibuat.

 

Orang kata ketika sel-sel otak mula berhubung, lebih mudah untuk mendidik anak agar menjadi seorang yang berguna apabila dewasa kelak. Walaupun bermula dengan latih kecil seperti membiarkan mereka makan sendiri, ia pasti akan memberi kesan kepadanya kelak.

Apabila anda sudah boleh duduk dan makan sendiri, walaupun makanan yang masuk ke dalam mulutnya itu tidak seberapa, itu adalah langkah awal melatih sikap berdikari apabila mereka besar nanti.

Proses sebegini tidak perlu dilakukan setiap hari, cukup sekadar jika ibu bapa lakukan ketika kalian mempunyai masa terluang. Nak tahu lebih lanjut, jom baca perkongsian daripada Puan Liyana Raya, dari Liayana Raya Training & Consultancy.



Makanlah nak… Walau comot macam mana pun.

Inilah proses keberdikarian awal ununtuk kanak-kanak.

Seawal usia 9 bulan, anak dah boleh duduk dengan sendirinya, dah boleh ajar dia untuk makan sendiri kutip-kutip makanan masuk dalam mulut dan kunyahkan. Ikutlah dia nak buat cara macam mana pun.

Kita letak dalam pinggan, dia adjust tangan dia, ambil makanan dan masuk mulut. Pantaulah dia. Kotor-kotor sepah-sepah tu biasa. Gunakan perkataan “Alamak sepahnha!” Sambil buat muka terkejut bila tengok sepah-sepah. So dia belajar perkataan “sepah” tu yang bersepah sepah tu la... Dia faham dulu perkataan sepah. Kemas tu kemudian cerita. Nak ajar kemas bukan dengan makanan dia. Ajar kemas masa di sepah mainan tak apa sebab mainan boleh masuk dalam bekas-“simpan dalam bekas”.

                      

Makanan ni dah “simpan masuk dalam perut”. So nak kemas apa lagi pada si anak kecil ni?

Penat? Penat nak layankan anak makan sepah?

Saya tak minta buat setiap masa.
Buat ketika mana kita ada masa.
Masa tuan/puan sendirilah, bukan masa saya.

Maksudnya... you decide when is the time yang you free untuk ajar anak makan sendiri? Tapi mostly mak ayah ni time free dia nak tengok telefon.

Anak bukan mesin.
Anak manusia.
Kita nak “memanusiakan” anak.
Kena ajar anak berdikari.


"Umur 9 bulan selain belajar untuk makan sendiri, dah boleh hulur tangan untuk kita pakaikan baju. Dah boleh hulur kaki untuk kita pakaikan seluar. Dah faham dah baju tu apa... seluar tu apa... walaupun mereka tak cakap lagi perkataan baju seluar tu semua. Bagi faham dulu baru dia tau nak cakap."


Berdikarinya anak ni menyebabkan mereka confident nak gunakan anggota badan mereka. Tidaklah “simpan” saja lepas tu kita nak expect diorang guna masa masuk tadika.

Tak.

Guna selagi mana mereka dah start boleh duduk secara berdikari.


Dah boleh berdiri.
Dah boleh jalan.
Nama pun perkembangan.

Kena ada sesuatu yang akan “berkembang”, bukan badan saja yang “kembang”.

                            

Bila mereka berkembang dalam konteks keberdikarian,mereka akan lebih confident untuk menerima cabaran hidup.
Ni tidak...

Makan pun bergantung dengan gadget.

Kalau sambil tengok TV, saya tak suka letak anak dekat dengan TV masa makan. Saya letak jauh-jauh. Biar pandangan matanya jauh dari TV.

Set the rule makan atas kerusi. Duduk.

Ini yang dinamakan nak membentuk keberdikarian. Berdikari maksudnya tak bergantung kepada banyak benda sangat. Berdikari atas diri sendiri. Kalau tak...

Sampai bila nak suap anak makan?
Sampai bila nak kena time makan je bagi gadget?
Bila kita nak mula berhentikan dari semua ini?

Masa anak dah masuk tadika?

Bukan ke selama ni itulah “hidup” anak kita?
Terlalu bergantung dengan sesuatu ketika makan?

Jadi kita nak expect “takpe, masuk tadika nanti pandai-pandailah cikgu nak ajar anak saya makan sendiri”.
Wah senangnya hidup!

Org lain yang tolong aturkan anak kita,bukan kita ya ibu dan bapanya?

Percayalah,anak kecil punya keupayaan untuk berdikari.

Kita yang kena pandai bentukkan sifat berdikari itu.

Liyana Raya,
Occupational Therapist.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,011 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen