Perlu Ke Hantaran Ketika Pertunangan? Jom Baca.

 

Apabila melibatkan pertunangan, pernikahan dan perkahwinan, ramai dikalangan kita ingin mengikut adat melayu semata-mata sehingga tersasar dari landasan syariat. Terutamanya dalam bab pembaziran. Menutup mata apa yang diperlukan di dalam Islam, sehingga tidak kisah jika ia memudaratkan asalkan puas hati.

ADAT MELAYU DALAM PERTUNANGAN.

  • Pihak lelaki akan menghantar rombongan merisik, kemudian baru mengumumkan akan menghantar rombongan meminang.
  • Pihak lelaki akan menghantar ibu dan bapanya untuk ke rumah pihak wanita untuk meminang.
  • Keluarga wanita akan meminta tempoh tertentu sebelum memberikan jawaban sama ada menerima pertunangan atau tidak.
  • Ketika pertunangan, syarat-syarat perkahwinan seperti mahar, hantaran kahwin, belanja kahwin, tarikh perkahwinan dan sebagainya dibincangkan.
  • Pihak lelaki memberikan cincin kepada perempuan sebagai tanda pertunangan.
  • Pihak perempuan menetapkan satu tarikh untuk Majlis Pertunangan, disertai dengan jamuan dan dihadiri oleh ahli keluarga.
  • Pihak lelaki datang membawa rombongan meminang dan hantaran meminang.
  • Pihak perempuan akan membalas hantaran melebihi hantaran lelaki.
  • Pihak lelaki menghantar belanja kahwin kepada pihak perempuan.
  • Jika pihak perempuan mempunyai kakak yang belum berkahwin, lelaki perlu memberi hantaran kepada kakak perempuan itu kerana melangkah bendul.

PERTUNANGAN TANDA SIMBOLIK.

Dimana semua urusan pertunangan yang kita lihat ini sebenarnya tiada pun menurut Islam, ia cuma adat Melayu semata-mata, dan selagi tidak bercanggah dengan Islam hukumnya Harus. Urusan ini semua adalah mengikut kemampuan keluarga masing-masing dan hanya tanda simbolik dimana tanda lelaki itu serius mahukan wanita tersebut menjadi bakal isterinya sahaja.

Berkenaan dengan hantaran pula seperti point nombor 5 adalah tidak wajib pun, tetapi ia mengikut adat dan kemampuan dua-dua keluarga sahaja. Kerana menurut Islam, tiada tanda pertunangan, sama ada cincin, inai atau sebarang tanda. Pihak lelaki tidak wajib membeli cincin untuk pertunangan apatah lagi untuk memakai cincin apabila bertunang.

Namun sedemikian, apabila lelaki tersebut sudah meminati seseorang wanita untuk dijadikan isteri tidak perlu disembunyikan pertunangan kerana khuatir berlakunya pinangan di atas pinangan.

Seperti dalam sebuah hadis daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Janganlah seseorang itu membeli atas pembelian saudaranya dan janganlah meminang atas pinangan saudaranya yang lain kecuali jika diizinkan.” [Riwayat Muslim (1412)]

MAHAR PERKAHWINAN YANG WAJIB.

Yang wajib menurut Islam adalah mahar perkahwinan untuk perempuan, jika lelaki mahu berikan cincin yang bernilai atau jumlah duit mas kahwin. Selagi mana adat pertunangan tersebut tidak berlanggar dengan syarak maka ianya adalah perkara yang harus. Perkara tersebut juga perlulah dipersetujui bersama dan ia perlulah diikuti serta beriltizam dengannya. Sabda Nabi saw :

”Orang Muslim berpegang dengan syarat mereka (yang telah dipersetujui) kecuali syarat yang mengharamkan perkara yang halal dan syarat yang menghalalkan perkara yang haram.”[Riwayat al-Baihaqi ( 11762) di dalam Sunannya]

Oleh sebab itu, kita pasti pernah terdengar “Tak payah nak bertunang, terus nikah je…”

Ini kerana khuatir sekiranya ketika dalam tempoh pertunangan berlakunya maksiat diantara pasangan. Ataupun jika bertunang terlalu lama nanti putus, kemudian berlaku pembaziran. Apabila sudah berlaku pembaziran, antara salah satu pihak pasti mengungkit tentang hantaran tersebut.

“Bagi hantaran mahal-mahal, tapi buat perangai, curang…”

Ini yang amat ditakutkan oleh para ibu bapa sebenarnya. Ungkit-mengungkit sehingga tiada penghujung. Boleh nak bagi hantaran ketika pertunangan, tetapi hantaran ala kadar sahaja seperti manisan dan makanan. Tidak perlu hantaran yang mahal seperti perkahwinan kerana HANTARAN itu sendiri adalah HARUS dan tidak wajib. Yang WAJIB  adalah MAS KAHWIN.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,253 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen