5 Kelebihan Berkahwin Dengan Lelaki Duda Dan Wanita Janda.

 

Semua pasangan yang berkahwin berharap agar perkahwinan kekal sehingga ke akhir hayat. Tapi, kadang kala apa yang diharapkan tidak kesampaian dan hubungan berakhir dengan penceraian. Ramai yang mempunyai anggapan buruk pada lelaki duda dan wanita janda. Tapi, tak salah untuk cuba mengenali mereka yang pernah gagal rumah tangga. Ini antara kelebihan dan kebaikan jika anda berkahwin dengan 'duda terlajak laris' dan 'janda meletop'!



1. Mereka lebih berpengalaman.

Walaupun pernah mengalami kegagalan, namun mereka lebih berpengalaman dalam hal perkahwinan. Jadi mereka akan lebih hati-hati dalam hubungan hubungan baru kerana tidak ingin gagal untuk kali kedua.

2. Mereka menghargai hubungan & komitmen.

Walaupun pernah bercerai, tidak bermakna mereka tidak menghargai pasangan. Mereka akan lebih berhati-hati dan lebih menghargai hubungan baru yang terjalin. Apa yang pasti, pengalaman lalu mengajar mereka.



3. Mereka tahu 'do' & 'do not' dalam perkahwinan.

Kegagalan sebelum ini banyak mengajar mereka. Jadi, mereka tahu perkara baik dan buruk dalam hubungan. Lebih penting, mereka tahu untuk elakkan diri dari masalah dan kesilapan lalu yang menghancurkan perkahwinan.

4.Menghargai pentingnya komunikasi.

Mereka yang pernah gagal perkahwinan, tahu betapa pentingya komunakasi, keterbukaan dan kepercayaan antara satu sama lain. Ketiga-tiga perkara tersebut merupakan kunci hubungan bahagia.

5. Hidup dalam kehidupan nyata.

Alam perkahwinan tidak sama seperti dalam drama. Mereka yang pernah bercerai tahu bahawa perkahwinan perlu dipertahankan dan pastikan ego tidak bermaharajalela. Jadi, anda dianggap bertuah jika berkahwin dengan lelaki duda & wanita janda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,639 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen