Tips Menjadi Suami Yang Sentiasa Kacak Dimata Isteri.

 

Bukan isteri sahaja yang perlu menjadi cantik setiap hari untuk suaminya, si suami juga perlu menjaga diri supaya disenangi oleh isteri sentiasa. Jika si suami merasakan tidak kisah berperut boroi kerana ia menandakan isteri pandai memasak, ubahlah persepsi tersebut kerana perut boroi menandakan anda tidak sihat.

Bukan sahaja perlu menjaga diri supaya sentiasa disenangi oleh isteri, malah jadilah kacak dimata isteri dengan melakukan 5 perkara seperti berikut…

1. Mencuci muka.

Lelaki juga perlu menitik beratkan dengan mencuci muka selalu. Tak salahpun cuci muka demi penjagaan kulit wajah, bukan sahaja untuk kesihatan, malah isteri mahu mencium pipi pun tak berminyak. Lelaki juga harus tahu dan kenali mengenai kulit wajah, sama ada kering, berminyak, atau normal. Ini kerana lelaki mempunyai kulit wajah yang berbeza dengan kaum wanita, dimana liang roma yang lebih besar dan kelenjar sebum yang sangat aktif.

Si suami juga haruslah menjaga muka selalu supaya tidak naik jerawat disaat liang roma tersumbat. Tanya si isteri berkenaan dengan pencuci muka yang sesuai, pasti gembira hati mereka disaat si suami ingin menjaga wajah.

2. Konsisten mencukur atau trim misai/jambang/janggut.

Ada kaum wanita yang suka dengan lelaki yang berjambang, ada juga yang tidak suka. Jadi, sebagai suami anda perlu tahu isteri anda suka anda berjambang,bermisai atau tidak. Tanyalah mereka, kerana dengan cara begini juga membuatkan mereka rasa dihargai dan dihormati. Kadang-kala ada si isteri yang ikut mood mereka, kadang-kala nak suami berjambang, kadang-kala nak suami berwajah jambu. Terpulang.

3. Menggunakan skrub muka.

Perbezaan hormon membuatkan tubuh badan lelaki lebih mudah berdaki, terutamanya di bahagian muka. Lelaki memang mudah cepat berpeluh dan meninggalkan kesan yang kusam pada wajah. Oleh sebab itu, lelaki juga perlu rajin membasuh muka, dan juga menggunakan skrub supaya dapat menanggalkan sel-sel kulit yang mati.

Kalau tak percaya, cuba lihat lelaki yang sudah berkahwin berbanding dengan zaman bujangnya terdahulu. Muka lebih berseri kerana si isteri yang mencadangkan menggunakan skrub.

4. Menggunakan pelembap muka.

Menggunakan pelembap bukannya dengan menggunakan lotion yang khusuh untuk badan, tetapi gunakan moisturizer yang memang untuk muka sahaja. Malahan, lelaki memang amat digalakkan menggunakan moisturizer kerana kulit akan menjadi kering setelah bercukur. Dengan mengamalkan moisturizer ini, sel-sel kulit mati tidak kelihatan lagi.

5. Menggunakan krim mata.

Golongan lelaki lebih mudah mendapat lingkaran di bawah mata kerana tekanan dengan urursan kerja harian. Disebabkan lelaki tidak mudah fokus pada banyak perkara dalam satu masa, oleh sebab itu lelaki akan mudah tertekan dan lewat tidur pada waktu malam. Malahan ada juga yang lesu kerana terlebih tidur.

Jadi gunakan krim mata untuk mengelakkan lingkaran hitam anda menjadi lebih teruk.

Di samping itu juga, lelaki mudah mendapat dark circle kerana merokok dan tidak menjaga diet pemakanan, dimana kaum wanita lebih mengutamakan hal ini. Jadi, pada lelaki yang sudah berkahwin di luar sana, jika si isteri mengajak anda untuk berdiet bersama, janganlah liat kerana ia untuk kebaikan bersama.

Semoga Sentiasa Menjadi Suami Yang Kacak Dimata Isteri!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 533,252 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen